Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia dan Kematian

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Salam Jumaat penuh keberkatan buat sahabat-sahabat yang sudi membaca entri aku ini. Sebelum aku memulakan cerita dan celoteh aku di hari Jumaat ini, aku ingin jasa baik kalian untuk sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat ibu kepada salah seorang sahabatku semasa di Kolej dahulu yang telah meninggal awal pagi tadi. Al- Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat .. Amiinn ..


Ketika mendapat perkhabaran ini melalui SMS dari seorang sahabat kolejku yang lain, jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 03.58 pagi. Dalam keadaan sedar tak sedar aku membaca baris perkataan yang terpapar diskrin telefonku. Seolah-olah tak percaya, baris-baris patah perkataan aku baca berulang kali dan akhirnya baru aku mengerti.

Tersentuh sebentar hati aku. Aku pernah berjumpa dengan arwah. Dan aku akui dia memang seorang ibu yang baik. Masakan dari air tangannya memang sedap. Mengingatinya, mata aku terlalu sukar untuk lena semula. Ingatan kepadanya terbawa-terbawa ke dalam mimpiku. Hanya kiriman Al-Fatihah mampu ku titipkan.

Buat sahabatku, Norhaslinda .. Semoga kau tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi arwah.

Ok. Cukup pasal kawan aku. Ni aku nak cerita skit pasal Tentang Dhia semalam. Aku pasti, ramai yang tak ketinggalan menyaksikan episod terakhir drama ini. Dan seperti aku, aku yakin, ramai yang tak sabar nak tengok apa bentuk pembalasan yang diperolehi oleh Ku Salmi, Zetty dan Rose dalam cerita ini.

Setelah menonton sampai habis, pasti ramai yang agak kecewa kan sebab Ku Salmi, Zetty dan Rose tak dapat pembalasan yang sampai boleh kita anggap setimpal. Yelah. Sampaikan bila Melly bagitau yang Dhia takde harapan nak hidup pun, takde sedikit pun riak kekesalan dari muka Ku Salmi dan Zetty.

Tapi, aku rasa, pengakhiran cerita ni dah cukup 'sempurna'. Zikri dan Dhia dapat sama-sama mengadap Illahi dalam keadaan tenang dan dapat mengucap 2 kalimah syahadah. Lagipun, drama ni kan tajuknya, 'Tentang Dhia' .. Bukannya 'Ibu Mertuaku' kan ... Hehehe ...

Aku kagum dengan watak Dhia. Walaupun telah difitnah dan dianiaya dengan teruk, dia masih berpegang pada prinsip yang 'Allah sayangkan dia'. Tiba-tiba teringat pada cerita 'Chinta' yang mana watak utamanya terlalu marah dengan takdir sehingga menidakkan Qada' dan Qadar Tuhan .. Subhanallah ...

Antara bait-bait dialog yang paling aku suka :

Dhia : Dhia sayangkan abg ... Demi Allah, tiada lelaki lain selain dari abg dalam hidup Dhia ..
Dhia : Dhia tau siapa yang sayangkan Dhia ... Allah .. Abg jangan sayangkan Dhia lebih dari Abg sayangkan Allah ...

Semalam, dek kerana terlalu menghayati cerita ni, membuatkan aku teresak-esak menangis .. Huhuuuhuuu ...

P/S :Cinta ALLAH adalah melebihi segala-galanya dan MATI itu adalah pasti 

 
W'salam ..

Adiosss...


4 comments:

iz said...

alamak..terlepas pulak nak tgk.. keja.. hurm =(

sahromnasrudin said...

al fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

tentang dhia plak saya tak brp nak layan..tp mmg wall fb sy penuh citer psl nie

Nafisa81 said...

tak tgk pun...

reenapple said...

al-fatihah pada arwah..

awww... tak sempat tengok DHIa... daa bape episod terle[as... huhu

betul3 cinta pada ALLAH melebihi segalanya..=)

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu