Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Review Filem. Show all posts
Showing posts with label Review Filem. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Citer Pasal Tengok Midnite

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Beberapa minggu yang lepas, aku dan adik aku bersama 2 teman yang lain, menonton satu filem ni kat Cineleisure. Mula-mula tu aku malas nak gi sebab adik aku ajak tengok Midnite. Kebetulan laki aku takde kat rumah. Tanya kat laki aku, dia kata, pergilah kalau nak pergi.Oke. Suami dah izinkan.


So, nak dijadikan cerita, aku gi la jugak. Lepas Maghrib kitaorang bertolak. Ingatkan, leh la tengok yang slot pukul 8.30 atau paling lewat pun pukul 10.00 .. Tup, tup .. Tiket semua fast seller. Nak tak nak, amik la jugak yang pukul 11malam. Tu pun, dapat tempat duduk yang ke 3 atau ke 4 dari depan. Hehehe ...


Masa beli tiket tu, jam masih menunjukkan ke pukul 9.30malam. So, kami pun gi la cuci mata kat Tesco dan The Curve. Macam-macam peel orang boleh kita nampak. Almaklumla .. masa aku pergi tu kebetulan malam minggu.


Ok. Dekat-dekat pukul 11.00, kami pun dibenarkan masuk ke pawagam. Lama jugaklah tunggu. Dalam pukul 11.30 barulah citer mula. Awalnya, memang agak lembap la .. Tapi lepas 10-15minit tu, jalan citer dah start rancak la. Oh yee .. Nak tau aku tengok citer apa? .. Jeng, jeng jeng .. Citer ini laaaa :




Aku rasa, sesapa yang dah menonton citer ni mesti bersetuju kalau aku katakan citer ni memang BEST GILER !!! Aku bagi 10/10 bintang. Thehehehee .. Kalau adik aku suka tengok Iron Man, aku plak suka tangok The Hulk.




Lawak giler masa dia tetiba tumbuk si Thor dan masa dia hempas yang jahat merulang-ulang ke lantai .. Wakakakaka ....


Apapun, kalau agak-agak korang nak merasa keseronokan dan kelawakkan citer ni, sila-sila la gi tengok ye. Tak rugi punya lah ! Ni pun agak-agak aku macam nak gi tengok lagi ni .. Ahakssss


W'salam ..


Adioss .

Friday, March 16, 2012

Limitless : Kerana Sebiji Pil

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari tu aku ada tertengok citer "Limitless" kat siaran Astro 413 (FMP). Bagi mereka-mereka yang tak berapa suka dengan citer-citer bergenre ala-ala slow, memang tak berapa sesuai la nak menontonnya. Lagipun citer ni memerlukan daya pemikiran diluar batas-batas imaginasi. Aku pun bukan suka sangatnyepun ... Dah tertengok. So, layankan je la.


Citer ni mengisahkan seorang pemuda bernama Eddie Morra (lakonan Bradley Cooper) yang hidupnya sangat-sangat tak organize. Dia mendakwa dirinya sebagai Penulis. Tapi, dia sering mengalami masalah kekeringan idea. Dek kerana dia takde pendapatan tetap, GF yang selama ini boleh terima dan bersabar dengannya akhirnya tinggalkan dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, lepas je ditinggalkan GF dia, otw balik rumah dia,  dia terserempak dengan bekas adik ipar dia yang dah bertahun-tahun dia tak jumpa. Sembang punya sembang, borak punya borak. akhirnya, ex adik ipar dia ni kluarkan satu pil ajaib. Kecik je saiznya. Lutsinar. Pil itu diberi nama NZT.

Dia kata pil tu bakal mengubah hidup sesiapa saja yang memakannya. Jika sebelum ini hanya 20% sahaja bahagian otak kita yang mampu berfungsi dengan bagus, dengan pil itu, otak kita akan berfungsi 100%.. Walaupun ianya belum dipasarkan, ianya dah ada kelulusan FDA. Itu katanya la.

Mula-mula si Eddie ni tadi tak caya. Yela. Dulu ex adik ipar dia ni pengedar dadah. Okla. Fine. Sebelum blah, si ex adik ipar dia ni tinggalkan pil ngan name card dia kat Eddie tuh. Dia pesan, in case Eddie percaya dan nak beli pil tuh, leh la cari dia. 1 pil 800 US Dollar. Tapi dia bagi Eddie free je sebagai percubaan.

Diringkaskan citer, finally atas sebab-sebab tertentu, Eddie telah menelan pil itu. Dan hasilnya memang menakjubkan. Tiba-tiba pandangannya jadi jelas sejelas-jelasnya. Otaknya mula berfungsi sepenuhnya. Dia mula menginggati semula segala jenis buku dan fakta yang pernah dibaca dan diketahuinya. Segala jenis bahasa dia mampu pelajari walaupun dengan hanya mendengar selama 1-2 jam sahaja.

Segala jenis masalah algoritma dan kira-kira dia dapat lihat jalan penyelesaiannya dan dapat selesaikan dengan pantas. Buku yang dah berbulan-bulan tak dapat disiapkan, dapat dia siapkan dalam masa 2 hari.

Tetapi .. Kesan pil itu hilang pada keesokkan harinya. Maknanya, pil tu cuma boleh bertahan sehari sahaja. 1 pil sehari. 1 pil 800 US Dollar. Sebulan? Setahun? Huisshhhh ... Beratus ribu US Dollar tuuuhhh ...

Nak tau kisah selanjutnya? Silalah downloadkan je dari tenet ye. Kalau ada Astro, leh la tengok kat Channel 413. Hehehheee .. Lagi sekali aku bagitau, bagi mereka yang tak suka jalan penceritaan yang perlu berfikir, ini bukanlah cerita yang sesuai untuk anda sebab anda akan mengalami kebosanan dan kemengantukkan yang melampau .. Tapi kalau korang leh layan citer sci-fi cam The Matrix tu, maknanya citer ni pun boleh la jugak ... Thehehehee ... Apapun, pada yang nak tengok tu, Enjoy !!!! ^^

Kata Aku : Citer memang la macam slow, tapi aku tengok citer ni, sampai pukul 0200 pagi tuh ! Nak g keje masuk kol 0730 pagi, kol 0700 baru aku terjaga, Aduyainyeeepunnn ..

W'salam ..

Adioss .

Monday, February 20, 2012

CUN Punyer Citer

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Menonton cerita CUN malam tadi, membuatkan aku terkenang Kampung sahabatku di Kedah. Rindu rasanya dengan sawah padi, dengan sejuknya air sungai sebelah rumah Tok Wan dan dengan nyamannya udara pagi yang bebas dari pencemaran.


Perkara pertama yang paling aku ingat adalah peristiwa aku terpijak tahi lembu masa mula-mula aku menjejakkan kaki kat Kampung kawan aku yang terletak di Kupang, Baling, kat Kedah nun. Masa kena tu, memang hangin la satu badan. Tapi, laa ni, bila pikir-pikir balik, lawaklah pulak .. Thehehehee

Ishhhh ... Apa la aku melalut nih. Sebenarnya, aku nak story pasal citer CUN nih. Best ghupernya. Patutlah leh menang banyak award dalam Festival Filem ngan Anugerah Skrin hari tuh. Berbaloi tengok. Tak rugi punyalah aku cakap. Kalau yang ada Astro, leh tengok kat Channel 131. Mesti banyak kali ulangannya. Kalau takde, jangan risau, leh je kalau korang nak download dari internet. Dunia kan dah maju. Hehehee ...


Pelakon pembantu wanita terbaik

Pelakon lelaki terbaik
Lepas tengok citer ni, aku gerenti, majoriti dari korang mesti rasa melonjak-lonjak nak balik kampung. Lagi-lagi kalau Kampung korang tu jenis yang ada sawah padi ngan Kerbau bajak sawah.
 
Kerbau Comel .. Penama ntah .. Kembang kot

Apapun, lepas tengok citer nih, moral of the story yang aku dapat :

1) Kemewahan dan kekayaan tidak akan menjanjikan kebahagiaan.
2) Hidup kadang-kadang kejam, tapi kita kena pandai mempergunakan segara kekejaman itu untuk ditukar kepada sesuatu yang positif untuk diri kita.
3) Asas kepada sesebuah keluarga adalah adanya pengetahuan Agama dan rasa kasih sayang yang ikhlas antara satu sama lain.
4) Kalau dah betul-betul suka sama suka, toksah lah tunggu lama-lama .. nikah je terussss ^^

Ok. Apalagi tunggu, gi la download cepat-cepat !!

P/S : Cinta dan kasih sayang semuanya hak Allah .. Kalau dalam hati ada CINTA, tak perlu salahkan sesiapa. Walau apapun ceritanya, terima saja dengan hati terbuka ..

W'salam ..

Adioss ...

Sunday, February 12, 2012

Lawak Ghupenya Hantu Kak Limah Nih .. Wakakaka

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hantu Kak Limah Balik Rumah. 
Aku memang selalu dengar orang bercerita pasal betapa klakarnya cerita nih. Tapi, tak pernah skali pun terlintas nak menontonnya.


Hari Jumaat malam sabtu yang lepas, kat Astro warna, ada menyiarkan citer ni. Kalau tak silap aku, mula dalam pukul 1245pagi dan habis jam 0230pagi. Punyalah nak tengok, aku paksa laki aku temankan aku.


Kebetulan, laki aku memang suka tengok filem-filem arahan Mamat Khalid ni. Dari citer Rock sampailah citer Zombi Kampung Pisang, semuanya dia dah naik hafal dialog-dailog lawak dalam filem-filem tersebut. Thehehehe ...


Sungguh-sungguh tak menghampakan ! Nyesal aku tak tengok dari dulu !! Lawak bebenorlah !! Patutlah kutipannya sampai 7 - 8 juta !


Antara babak-babak yang paling aku gelak adalah yang seperti di bawah ini :

Anto kak limah tangkap cintan ^^

Epi besday to me, epi besday to me ^^

Bertempiaran lari masa nampak antu mak limah ^^

Soley Soley ^^

Pelawok, pelawok, pelawok ^^ .. Ada anto kopek tuh !!

Dan ada banyak lagi. So, pada yang yang belum menonton tu, bawak-bawak la menengoknya ye. Tak rugi punya lah!!

Sungguh lawak sampai dalam ABPH 2010 pun mampu buat orang ketawa berdekah-dekah ... Tak caya? Haa ... Meh nengok ni ...



W'salam...

Adiosss...

Wednesday, January 18, 2012

Autisme : Different NOT Less


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam tadi aku berpeluang menonton cerita Temple Grandin di siaran astro 411. Bukan nak mengagung-agungkan omputih, tapi sekadar untuk perkongsian bersama.



Secara rigkasnya, file ini mengisahkan seorang gadis Autisme yang bernama Temple Grandin. Dia didiagnosis oleh Doktor sebagai pengidap Autisme ketika umurnya 4 tahun dimana pada usia ini juga dia baru belajar bercakap. Kesungguhan ibunya yang tak pernah percaya tentang kekurangan anaknya, betul-betul mengharukan.

Filem ini membawa kita melihat dunia dari kacamata seorang penghidap Autisme. Bagaimana Temple bersekolah di suasana dimana tak seorang pun yang paham dengan keadaannya. Apa yang mereka tahu, Temple hanyalah seorang gadis pelik dan  janggal. 


Temple yang tidak selesa apabila disentuh, akan mudah naik angin sekiranya dia dikasari atau diusik yang melibatkan sentuhan.


Bila aku tengok kat info siaran, aku terbaca yang filem ini adalah berdasarkan kisah benar. Lalu aku terus meng'google'kannya. Rupa-rupanya, wanita ini benar-benar mengkagumkan. Dia merupakan seseorang yang sangat bijak. 


Dia mampu memahami apa jua permasalahan dan pembelajaran. Asalkan ianya dapat divisualkan. Maknanya, sekiranya dia dapat menggambarkan sesuatu benda itu dengan mindanya, dia dapat mereka sesuatu dengan bijak.

Terlalu banyak untuk diceritakan. Pada korang yang ada siaran 411, bolehlah menontonnya. Sekadar motivasi diri kita sendiri. Memetik kata-kata mak Temple dalam filem ini " She's different, not less".

Untuk mengenali dengan lebih lanjut siapa dia wanita ini, korang bolehlah ke SINI.

Temple Grandin  2011 (Dilahirkan pada August 29, 1947 (Umur 64))

P/S : Kalau ada sesiapa yang mempunyai anak atau kenalan atau sedara yang menghidap Autisme, tak rugi rasanya kalau nak tengok citer ni.




W'salam...

Adiosss...


Monday, December 5, 2011

Cinta Tak Kejam, Manusia Yang Tak Tahu Nak Menilai Cinta - Izzah (Ombak Rindu) ^^

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم

ALHAMDULILLAH .. Akhirnya dapat gak aku menonton Ombak Rindu ngan my sis and my hubby. Apa komen aku? Hmmm .. Nak kata best sangat tu takdela. Almaklumlah. Kalau nak adaptasi bulat-bulat dari novel untuk dimuatkan dalam filem yang bersiaran dalam 2 jam tu memang tak dapat lah nak perfect 100% kan. Itu pun aku rasa, Osman Ali dah buat yang terbaik untuk memuatkan semua adegan-adegan penting dalam novel ni.

Jalan ceritanya memang cepat dan pantas. Pada aku memang tak membosankan dan takdelah nak still dalam satu shoot tu lama-lama sangat. Cuma yang tak bestnya, cara diaorang buat peralihan dari satu scene ke scene yang lain tu agak kurang seronok. Yelah, macam scene tu tak abis lagi dah pergi ke scene lain. Jadi, feel tu terganggu la skit .. Pada pendapat aku laaa ...

Lakonan Maya Karin tak perlu dipertikaikan lagi laa .. Memang TERBAIK. Aku yang jarang menangis bila tengok filem melayu ni pun leh melelehlah airmata dibuatnya .. huhuuuhuu .. Aaron Aziz ngan Lisa Surihani tu pada aku biasa-biasa je. Bront Palare walau bukan watak utama, tetap menghidupkan cerita. Kira aku boleh rasalah yang si Mail tu memang sayangkan betul ngan Izzah. Hehehehe

Itu serba sedikit aku punya pendapat dan pandangan. Dengar cerita filem ni dah berjaya mengutip RM2 juta hanya dalam masa 72jam waktu tanyangan. Tapi, aku tak heran la sangat sebab masa aku gi tu pun, full house. Kami pun dapat tempat duduk 3 baris dari skrin depan. Ha kau ! Nak sangat kan tengok citer ni. Hadap la ko depan-depan mata tu .. Thehehehe ..

Apapun, aku enjoy la tengok citer ni. Tapi rasanya kalau dibuat dalam bentuk drama, lagi padat kot pengisisannya .. Aku rasa laaa .. ^^

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

P/S :
loving someone doesn't need a reason
if u can explain why u love someone it's called 'like'
if u can't explain it's simply called 'love'

W'salam

Adiosss...

Sunday, November 13, 2011

Ceciter Ombak Rindu ... Weeeeeee !!!! ^^

Assalammualaikum & Salam Sejahtera ...

Terujanya bila tengok The Making Of Ombak Rindu kat TV hari ni. Aku tau yang The Making ni dah baper kali pun ditayangkan, tapi aku baru hari ni terajin nak tengok. Kalau tengok sinopsisnya, dialog-dialog yang disebutkan memang sebijik la cam dalam novelnya. Tapi, nak tau berapa tepat adaptasi filem ni dengan novelnya, kenalah tunggu 1 DISEMBER 2011 ! ^^

Kat sini aku nak share trailer dari filem tersebut dan jugak lirik lagu temanya skali. Enjoy !!!!!!!!




Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu


Adira :Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Hafiz :Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku



Adira :Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung



Hafiz :Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku



Hafiz & Adira :Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti



Hafiz:Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya



Adira:Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Sumber : SINI





Ni aku bagi skali video klip lagu ni .. Best !!! huhuhu


P/S : Teringin nak tengok novel Aisha Sofea - JAUH diadaptasi dalam bentuk filem jugak dan pelakon-pelakon utama pilihan aku adalah : Aaron Aziz dan jugak Lisa Surihani .. Boleh? Hehehe


W'salam...


Adiossss !!


Saturday, February 26, 2011

Antara CINTA dan SAHABAT... Mana Satu Menjadi Pilihan ??

Assalammualaikum...

Tadi tertengok citer Mujse Dosti Karoge… Dulu aku penah tengok CD dier… Best sampai aku dok tengok berulang2…



Ceritanye pasal cinta bersegi2 antara Raj (Hritik Roshan), Pooja (Rani Mukherjee) dan Tina (Kareena Kapoor)… Dekat2 last ada sorang lagi watak yang muncul (watak undangan la kiranye)… Nama wataknye Rohan tapi aku lupa nama pelakonnye….



Kisah pasal 3 sahabat yang berkawan dari kecik tapi terpisah masa umur mereka dalam 10-12 tahun.  Si Raj ngan Tina ni suka sama suka dan si Pooja ni plak suka ngan Si Raj ni…



Sepanjang mereka berjauhan ni, Si Raj rajin hantar email pada Tina tapi  Tina malas nak balas membalas email ni… Jadinye, si Pooja la tolong balaskan… Mula2 dia nak tulis nama dia sebagai pengirim, tapi sebab dia tau Raj akan lebih gembira kalau Tina yang membalas email dia, Si Pooja ni pun menyamar jadi Tina… Tina tau mengenai perkara ni dan tak kisah… Benda ni berlanjutan sampai la diaorang ni besar…



Aku maleh nak citer lagi… Kalau nak tau, gi la beli CD atau DVD citer ni.. Muahahaahaha…

Cerita ni menyentuh hati aku sebab ianya berteraskan PERSAHABATAN… Sesuatu yang sukar kita perolehi di zaman sekarang ni….Hmmmmm…..

W'salam...

Adiossss...

Tuesday, February 15, 2011

PRECIOUS

Assalammualaikum... 


 Precious.

Dalam bahasa kita, maksudnye adalah bernilai atau tak ternilai.

Aku baru je habis menonton cerita Precious kat channel 413 (Astro). Kisah seornag gadis kulit hitam yang gemuk dan dibenci oleh ibunye sendiri (Mary).

Bila menonton kisah gadis yang diberi nama Clareence Precious Jones ini membuatkan aku benar2 bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki sekarang. Keluarga yang menyayangi aku, suami yang mengasihi aku dan jugak sahabat yang sentiasa bersedia berkongsi kegembiraan dan kesedihan aku.

Sejak berumur 3 tahun, Precious telah dicabul dan dirogol oleh teman lelaki ibunya yang juga merangkap bapanye (Carl)… Sadis kan ?? Yang lebih sedih lagi, ibunye telah mendera dia sedari kecik dan menyalahkan dia kerana Carl lebih berkeinginan untuk berasmara dengan Precious berbanding dengan Mary… Mengarut kan ???

Lebih menjijikkan, ibunye boleh membiarkan saje setiap kali si Precious dirogol bapanye. Hasil dari perbuatan sumbang itu, Precious telah melahirkan 2 orang anak dan salah seorang anaknye mengamali syndrom Down. Ketika  itu, Precious baru berusia 16 tahun.

Selain belajar di sebuah sekolah biasa, dia juga telah dicadangkan ke sesbuah sekolah khas yang diberi nama ‘Each One, Teach One’. Ibunye melarang kerana sekiranya dia terlepas ke kelas untuk sekolah biasa, segala bantuan kewangan dari rumah kebajikan akan terjejas. Tetapi, Precious tetap pergi ke sekolah khas tersebut.

Di sekolah khas tersebut, dia berjumpa dengan beberapa pelajar wanita yang bermasalah seperti dirinye. Di situ juga, dia diajar supaya lebih menghargai diri sendiri…


 Haaa…Banyak dah aku perkatakan tentang citer ni kaaannn…Kalau korang nak tau lagi, kena la tengok crita ni sendiri..Barulah Feel lebih kaannn..Hehehehe

W'salam...

Adiossss...


KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu