بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Kali ini memang agak lama aku tak tampil dengan entri yang baru kan. Hurrrmmm .. Bukan takde benda yang nak diceritakan, tapi jari jemari terasa amat berat untuk menaip kerana akal agak lambat untuk merangka bait-bait perkataan yang ingin dikarangkan.
Hari ini, setelah dipujuk-pujuk hati, akhirnya, akal gigih juga memerah keringat untuk menghasilkan entri ini.
Hari ni aku nak cerita pasal EXTREME COUPONING. Pernah dengar? Sesiapa yang ada melanggan Astro dan rajin menonton siaran 707 (TLC) seperti aku, pasti pernah menonton rancangan ini.
Rancangan yang sangat-sangat menarik yang mana dalam setiap episod akan ditampilkan dua orang yang mengamalkan penggunaan kupon apabila berbelanja. Nak tau kenapa ianya dinamakna EXTREME? Haaa .. Cuba tengok ni ...
Percaya atau tidak, susunan barang-barang dalam rak itu adalah hasil belian mereka-mereka ini yang membeli belah hanya dengan menggunakan kupon !!! Malah ada sesetengah dari barang tersebut dapat mereka perolehi tanpa membayar satu sen pun !!! Menakjubkan kan??
Aku tak pasti la pulak samada kat Malaysia ni ada ke tak yang membeli menggunakan kupon semata. Almaklum laaa .. Ramai antara kita ni suka sangat mengamalkan budaya biar papa asal bergaya. So, kerja-kerja yang memerlukan peruntukkan masa yang banyak atau leceh seperti berkupon ni tak ramai yang sanggup buat.
Malam tadi, ada sorang suri rumah dari Amerika, berjaya menjimatkkan $10,000.00 setahun dalam perbelanjaan rumah dan dengan duit itu, dia dan suaminya dapar bercuti selama seminggu sebanyak 2 kali ke Kepulauan Caribbean !! Hurrmmmm ...
Minggu lepas pulak, seorang suri rumah sepenuh masa berjaya berbelanja barang-barang keperluan rumah yang bernilai $800++ dengan haya membayar 0.01sen SAHAJA !!!! Dahsyat .. memang dahsyat ....
Okla. Aku tengah search laman-laman web dalam Malaysia yang ada meceritakan tentang berbelanja menggunakan kupon ni. Nanti aku akan ceritakan di lain entri tentang percutian aku ke Pulau Langkawi baru-baru ni ngan Famili aku yee .. Chow !!!
W'salam ..
Adioss ...