Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 6, 2012

Amalan Berkupon Yang Amat MENJIMATKAN ^o^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Kali ini memang agak lama aku tak tampil dengan entri yang baru kan. Hurrrmmm .. Bukan takde benda yang nak diceritakan, tapi jari jemari terasa amat berat untuk menaip kerana akal agak lambat untuk merangka bait-bait perkataan yang ingin dikarangkan.

Hari ini, setelah dipujuk-pujuk hati, akhirnya, akal gigih juga memerah keringat untuk menghasilkan entri ini.

Hari ni aku nak cerita pasal EXTREME COUPONING. Pernah dengar? Sesiapa yang ada melanggan Astro dan rajin menonton siaran 707 (TLC) seperti aku, pasti pernah menonton rancangan ini.



Rancangan yang sangat-sangat menarik yang mana dalam setiap episod akan ditampilkan dua orang yang mengamalkan penggunaan kupon apabila berbelanja. Nak tau kenapa ianya dinamakna EXTREME? Haaa .. Cuba tengok ni ...




Percaya atau tidak, susunan barang-barang dalam rak itu adalah hasil belian mereka-mereka ini yang membeli belah hanya dengan menggunakan kupon !!! Malah ada sesetengah dari barang tersebut dapat mereka perolehi tanpa membayar satu sen pun !!! Menakjubkan kan??

Aku tak pasti la pulak samada kat Malaysia ni ada ke tak yang membeli menggunakan kupon semata. Almaklum laaa .. Ramai antara kita ni suka sangat mengamalkan budaya biar papa asal bergaya. So, kerja-kerja yang memerlukan peruntukkan masa yang banyak atau leceh seperti berkupon ni tak ramai yang sanggup buat.

Malam tadi, ada sorang suri rumah dari Amerika, berjaya menjimatkkan $10,000.00 setahun dalam perbelanjaan rumah dan dengan duit itu, dia dan suaminya dapar bercuti selama seminggu sebanyak 2 kali ke Kepulauan Caribbean !! Hurrmmmm ...

Minggu lepas pulak, seorang suri rumah sepenuh masa berjaya berbelanja barang-barang keperluan rumah yang bernilai $800++ dengan haya membayar 0.01sen SAHAJA !!!! Dahsyat .. memang dahsyat ....

Okla. Aku tengah search laman-laman web dalam Malaysia yang ada meceritakan tentang berbelanja menggunakan kupon ni. Nanti aku akan ceritakan di lain entri tentang percutian aku ke Pulau Langkawi baru-baru ni ngan Famili aku yee .. Chow !!!

W'salam ..


Adioss ...

10 comments:

Boni JLL3 said...

macam best je cerita ni??!!! ala.. tp sayangnya tak ada astro ler nak layan..sob3

wah..bercuti kat langkawi?? bestnya!!!

Dira said...

Bukan org malaysia xnak berkupon bagai ni.. Tp kat malaysia mana ada kupon mcm ni.. Belanja beratus2, kena bayar tetap ratus gak..rajin mcm mana cari kupon pn, tetap kena kuar duit ratus2 utk brang yg bertroli byknya.. Dekat US, barang yg ada sale boleh tolak harga kupon. Kupon bkn kupon kedai je, blh tolak dgn kupon pengeluar produk, kupon kedai, etc.. Tu pasal tak yah bayar pe2 lg dah... Bayar pun x smpai 10% dari total harga..
alamistore.blogspot.com

ikaa sharin said...

menarik gilaa shopping guna kupon .

lurun namzar said...

akak nanti bgtau yer kt mana yg bleh guna kopun.
slalunya tesco ada buat kempen kupon nie. kt tempat lain, xpenah dgr plak.

AdiaLuze said...

Boni JLL3 : Memang cam bes kan :P

AdiaLuze said...

Dira : Btul jugak kan ... Tula ... Mungkin jugak kat US brg2 tu smua memang brg depa, so senang2 je la nak kuarkan kupon .. Kat sini kan semuanya import blaka ... theheee

AdiaLuze said...

ikaa sharin : Memang menarik kalau kat Malaysia pun leh guna ... hurrmmm

AdiaLuze said...

lurun namzar : Penat dah akak cari dik .. Memang takde la kat Malaysia ni .. huhuhuhuu

deno said...

eh... deno pun ada tengok rancangan ni kat CH 707 :)

fairus said...

BAGUS JUGA IDEA UNTUK MEMNGGUNAKAN KUPON NI YE,..

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu