Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 10, 2012

Ayam Goreng RM5.00 Seketul ... Mahal tak ??


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dah lama aku nak citer pasal menda ni, tapi asyik TERlupa jeee .. Ala bukan citer apa pun. Citer ketidakpuasan hati aku kerana harga makanan yang bagi aku, terlalu mahal !!


Ok. Nak dijadikan citer, ada satu hari ni, aku teringin nak tapau makanan kat kedai makanan lain. Yela .. Hari-hari kalau makan kat tempat yang sama dengan rasa yang sama, mestilah bosan. So, aku gi la kat satu kedai makan kat Kelana Center Point kalau tak silap aku. Kedai lot korner. Tuan punyanya kalau dengar gaya cakapnya merupakan orang utara.


Ok. Seperti biasa, lauk yang aku amik, mesti ada ayam goreng seketul dan sedikit sayur. Hari tu, aku amik laun bayam masak tumis bodo je. Bila settle memilih lauk, aku pun gi la kaunter nak bayar. uols cuba teka baper aku kena caj? Adakah RM4.00? Rm4.50? Ataupun RM5.00?? Haaaa ... guess what?? Semua tu SALAH !!!! Total caj dikenakan adalah RM7.60 !!!!! Amik kau !!!!


Kalau korang pikir ayam goreng yang aku amik tu ada besar seekor burung merpati, korang SALAH lagi. Nak tengok banyak mana aku amik .... Meh tengok ni ...


Haaaa ... Berbaloi tak dengan harga yang dekat-dekat seploh hinggit tuh?? Dan kalau korang pikir aku gi tu restoran yang berhawa dingin, korang SALAH jugak ... Kedai makan tu biasa-biasa je. Takde air cond pun. Hurrmmm .. Entahlah. Sejak hari tu, aku memang tak jejak kaki dah ke kedai tuh. Bukan taknak menyokong bisnis kaum sendiri. Tapi, kalau seketul ayam yang seciput tu dia nak caj RM5.00, baik aku kayakan orang lain laa ...

Nota Kaki : Kepada Makcik kedai makan tu, agak-agak la kalau nak cepat gi Haji pun ... Keuntungan perniagaan yang diperolehi lebih dari nisbah yang sepatutnya sampai membebankan pelanggan, Makcik jawab la sendiri kat 'sana' nanti yeee ... ~.~

W'salam...

Adiosss...

6 comments:

Ayuni said...

haah, mahal....

PUANSTOBERI said...

lagi giler..oke..pangkah..takyah gi dah..mengarut..

reenapple said...

ooo.. dasyat... selalu je terkena.. heheh.

buat report kat persatuan penggna.. =D

lurun namzar said...

mahal la, kak. rm5 seketul.
saya mkn rm3 seketul pn dh brbunyi.

fairus said...

MAK OOII.. MAHAL BENAR TU..

Boni JLL3 said...

mahal gila!!!

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu