Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 27, 2012

Kisah "... Dalam Botol" =.='

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Terbaca entri En.Ben mengenai seseorang yang bukan Muslim bertanya padanya tentang bagaimana kalau anak dia GAY membuatkan aku teringatkan cerita "... Dalam Botol" yang aku tonton di siaran Astro Citra malam tadi membuatkan aku gerun sendiri. Nauzubillah !!! Jauhkanlah dugaan sedemikian dari keturunan aku. Hissshhh ...

Selama ini dok baca sinopsis je. Malam tadi, baru berpeluang menontonnya. Terganggu sedikit emosi aku. Pelikkan kita yang bernama MANUSIA ni. Bila tengah bahagia, langsung tak ingatkan Tuhan. Tapi, bila tengah dilanda derita, mulalah menyalahkan takdir .. Hmmphhhh ...

Bagi aku, bila kita berbincang mengenai isu-isu sebegini, ini bukan semata-mata kerana NALURI, HATI dan PERASAAN. Ini juga melibatkan tentang AGAMA, AKAL dan FIKIRAN yang waras. Kita yang beragama ISLAM harus lebih tau bahawasanya setiap perkara yang membawa kesesatan itu memang sangat mengiurkan.

Nak tau kenapa? Kerana ditambah dengan pujuk dan rayu si syaitan DURJANA yang telah bersumpah untuk menyesatkan umat manusia sehinggan ke hari kiamat. SUBHANALLAH !!!

Aku bukannya alim ulamak kerana aku juga kerap melakukan dosa. Bahkan dosa-dosa yang sedia ada pun belum tentu aku sempat bertaubat. Tapi, ini sekadar peringatan untuk kita bersama. Bukankah Allah telah mengatakan yang bahawasanya sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat. Taubat dengan sebenar-benar taubat. Insyallah hidup akan selamat dunia dan akhirat.

P/S : Kadang-kadang terpikir .. Kenapa isu POLIGAMI lebih diperkatakan lebih daripada isu GAY dan LESBIAN seperti ini .. Hmmm .. Mungkin silap sesetengah manusia itu sendiri yang menyebabkan sesuatu yang halal dalam Islam itu menjadi sesuatu yang sangat ditakuti oleh seseorang yang bernama WANITA ^^


W'salam ..

Adioss .

 

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu