Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari ini agak kelam kabut sebab tadi aku terjaga dari tidur pukul 0700 pagi, walhal aku masuk kerja pukul 0730 pagi !!!!! Aduyaaaiii .. Dahla jalan jem kalau keluar lambat .. aparaaaa ... Ni semua sebab tido lewat malam tadi. Dek kerana leka men game, sedar-sedar jam dah pukul 0200 pagi .. huhuhuu ...

Ok. Sebelum menyesakkan kepala aku dengan kerja-kerja yang dah memanggil-manggil aku tu, aku sempat la ber'BW' ke blog-blog kengkawan seadanya. Hehehe ... Yelah, nanti dah mula wat kerja, memang tak sempat la jawabnya nak berfoya-foya membaca entri-entri yang ada .. ^^

Dalam pada ber'BW' ke blog-blog yang berkenaan, sempat gak melihat segala macam berita-berita online yang hangat .. Macam-macam cerita adaaaa .. Dan yang aku nak kongsikan adalah berita dibawah ini ... Selamat menbaca !!!

KOTA BHARU - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.

Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.

Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.

Sumber : KOSMO Online

Kata Aku :  Jauhkanlah dari keturunan aku 'penyakit' sebegini Ya Allah !!


P/S : Tahniah buat Mawi dan Ekin yang telah selamat dikurniakan bayi perempuan seberat 2.8kg semalam pagi !!! ^^


W'salam ..

Adioss .

2 comments:

nur anis said...

alahai pakcik...dah tua dah pakcik oi...

tak sabar nak tengok anak mawi..:)

adianiez AIDA said...

tak sabo nak tunggu mawi dedah kan gambo baby girl nyer, sure comel!!!

nota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu