Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 21, 2011

Cerita Pasal Rancangan 'The House Of Fashion'

Assalammualaikum...

Selain dari rancangan2 realiti berkaitan kehidupan artis, pencarian model di seluruh dunia, dan pencarian suami atau isteri pilihan… Ada juga rancangan mencari pereka fesen yang terbaik. Salah satu darinya adalah rancanga The House Of Fashion.

 
Aku bukanlah pengikut tegar, tetapi bila ada kelapangan, aku pasti akan menontonnye. Sesuatu yang unik tentang rancangan ini adalah, para peserta dibahagikan kepada 2 buah kumpulan dan setiap minggu, mereka diminta bekerjasama untuk menghasilkan satu koleksi pakaian yang temanye ditentukan oleh para juri.


 Ada 2 kumpulan. House Of Emerald dan House Of Nami. Antara 2 kumpulan ni, House Of Nami telah berjaya menjadi juara pertunjukan fesen untuk 2 minggu berturut2. Rahsianya ? Semangat berkumpulan yang kuat antara mereka semua. Bila tengok kumpulan ni bekerjasama, kita boleh Nampak yang mereka saling bantu membantu dan bertolak ansur antara satu sama lain dari mula sampai ke akhir tugasan yang diberikan.

House of Emerald pula mempunyai masalah yang sangat besar dimana semua ahli dalam kumpulan ini sukar bekerjasama dan berkompromi. Punca masalah pada aku adalah dari seorang peserta yang bernama Cavin. Dia ni betul keras kepala, perasan bagus, suka mengkritik orang lain dan yang paling teruk, sush nak menerima pandangan orang lain… Cam hampeh la aku tengok !!

Pada minggu kedua, telah berlaku rombakan dimana salah seorang peserta dari kedua2 kumpulan akan bertukar tempat. Cavin telah terpilih untuk memasuki House Of Nami dan digantikan oleh Cesar, peserta yang sangat2 bagus dan mempunyai tokoh kepimpinan (pada pandangan aku laaa).

Apa agaknye drama yang akan berlaku? Aku pun tak tau…. Kita tunggu je la nanti…

P/S : Pengajaran dari siaran TV ni yang aku dapat :  Walau bagus macamana pun kita, sekiranya kita tidak pandai bekerjasama dengan orang lain dan tertutup dalam menerima teguran2 yang membina, kita takkan kemana dan kita akan menyusahkan orang lain yang bekerja dengan kita...

W'salam...

Adiossss...




No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu