Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 8, 2011

Petua Murah Rezeki : Episod 1

Assalammualaikum...

Pernah tak kadang2 ada kalangan korang yang terfikir kenapala cam sempit sangat pintu rezeki aku ni ??? Kalau ada yang penah terpikir camtu, teruskanlah membaca...Pada yang tak penah pikir camtu pun, teruskanlah membaca gak..hehehe...

Kat sini aku nak share serba sedikit petua2 murah rezeki...Kalau korang nak praktikkan, sila2 la yeee...Ok, jon kita tengok apa petua2nye itu !!!!

BERSEDEKAH

Orang yang pemurah(suka bersedekah, menderma, menolong orang) Allah SWT murahkan rezekinya. Berdasarkan ayat al-Quran:

Ertinya "Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui"  (Al-Baqarah: 261)

Nota : Jangan ingat bila kita bersedekah, duit kita akan berkurangan...Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak yang akan Tuhan bagi balik...

MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT

Salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat".

Nota : Kita semua kena selalu amalkan ni sebab kita tak tau brapa banyak dosa yang kita telah lakukan dalam setiap detik waktu...hmmmmm....

MEMILIKI SIFAT TAQWA

Sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa" iaitu meninggalkan segala larangan.

Dalil menunjukkan taqwa dan kunci murah rezeki:

Firman Allah SWT: ertinya "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka" (At-Talaq:2- 3)

Nota : Sifat ni memang agak sukar untuk dimiliki. Tapi, ianye bukan mustahil kaaannnn... ^_^

BERTAWAKAL

Setelah berusaha dan berdoa, kita juga hendaklah bertawakal dan sentiasa ingat bahawa setiap apa yang Tuhan bagi (samada buruk atau baik) segala2nye adalah untuk kebaikan kita kerana DIA yang Maha Mengetahui segala2nye...

Nota : Bukan senang tapi marilah kita sama2 mempraktikkannye...

MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH

Maksudya, bukan hanya beribadah sahaja tanpa bekerja. Tetapi memperuntukan waktu untuk beribadah dalam kesibukan bekerja.

Nota : Masa ada anugerah Allah...Setiap 24jam yang diberi dalam sehari kita kenalah bijak menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat....

MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Imam An-Nasa'i meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Rasulullah bersabda:

"Ikutkan antara haji dan umrah, sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"

Nota : Tentunye tuntutan yang ini adalah bagi mereka2 yang berkemampuan dari segala segi...

Wokey laaa...sampai kat sini dulu...Nanti aku sambung lagi petua2nye kay ! Jadi, teruskanlah membaca !!! ^_______`

W'salam...

Adiossss...


No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu