Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 19, 2011

Dilemma Dunia Zaman Sekarang

Assalammualaikum...

Hidup hanya sekali… Ada orang kata, selagi muda enjoy dan party la sampai ke pagi !! Isshhh… Tak betul tuu.. Kalau masa kita enjoy2, party2 tu tetiba je si Izrail datang menjemput kita pulang ke Rahmatullah… Haaaa… Masa tu nak sujud, nak melalak, nak melolong pun semuanye tak berguna… Baru kau tau langit tu tak selalu akan ada diatas kepala, bumi takkan selama2nye jadi tempat kita berpijak… Hmmmmm…

Jadi, masa hidup ni, penting ke darjat keturunan, harta kekayaan dn juga nama kemasyhuran tu ??

Bagi sesetengah orang, of course semua itu PENTING… Betul tak ? Lagipun, bercakap dengan dasar berpijak dibumi yang nyata, aku rasa memang pun semua tu penting…

DARJAT dan KETURUNAN


 Korang kata tak penting ker? Pernah tengok citer Ibu Mertuaku? Mestilah penah kan ? Citer evergreen tuuu… Jangan tak caya kalo babak dalam filem ni ada terjadi jugak kat dunia nyata zaman ini… Betul tak ???

Ok.. Cuba korang pikir ye… Adak ke anak2 raja yang nak kawin ngan anak2 tukang kebun ?? Takde kan ?? Kecuali kalau mereka tu CANTIK giler dan ARTIS laaa…

HARTA KEKAYAAN


 Haaa… Yang ni aku rasa memang betul pun…  Kena sangat dengan dunia zaman sekarang yang semuanya berkaitan dengan ‘Ada duit abg sayang, takde duit abg melayang’… Hehehe… Aishhh.. Mudah2han aku tak tergolong dalam golongan seperti itu… Amin…

Apapun, aku bagi satu contoh fakta kebenaran ayat2 seperti ini la ye… Cuba tngok  cerita Penarik  Beca… Kita tengok kesian je kan watak P.Ramlee dalam citer ni (aku tk ingat namanye) bila dia dihina semata2 kerana kemiskinannya…

Tapi, pernah tak kita terfikir, mungkin ini juga yang akan kita buat bila kita ada harta sikit dan tetiba anak pompuan kita nak kawin ngan lelaki yang kita rasa tak mampu pun nak bagi dia makan…

Memang tak semua orang akan bertindak macam tu, tapi, cubala pikirkan… Kita ni kadang2 pandai nak menghukum orang tanpa mencermin diri sendiri dulu… Hmmm….

NAMA dan KEMAYSHURAN


 Bunyi cam tak penting sangat kan… Tapi, percayalah… Ada ramai manusia sanggup buat apa sahaja demi untuk jadi popular dan femes…

Contohnye, kita tengok kat dunia barat la yee… Ingat tak kes skandal seks Tiger Wood ? Hebat kan berita tu… Sampai kita pun tak tau mana fakta, mana propa… Lagi teruk, ada sesetengah orang tu, ‘telan’ je semuanye dan terus melabel orang sesuka hati mereka…

Aku tak kata Tiger Wood tu betul… Memang apa yang dibuatnye memang tak bermoral… Tapi, macamana dengan perempuan2 yang tetiba muncul ntah dari mana mendakwa mereka pun telah dipergunakan oleh Tiger Wood ?? Kenapa sekarang baru nak bersuara ? Malah tetiba je prempuan2 simpanan Tiger Wood ni jadi glamer gler sampai orang sanggup melabur duit semata2 nak menonton ‘drama’ ciptaan mereka…

Lepas tu, timbulah cerita2 pasal skandal2 yang lain plak… David Becham, Ashley cole... Itu antara mereka2 yang menjadi ‘mangsa’ seterusnya… Walaupun betul, tapi mungkn masa ‘kejadian’ tu berlaku, ‘mereka2’ yang terlibat tu semuanye menganggap ‘benda’ tu adalah sekadar aktiviti ‘geli2’ atau suka2 jeee…

Tapi, bila melibatkan kemayshuran, tetiba semua perempuan2 tu muncul kat stesen2 tv menangis dan mendakwa dipergunakan… Ceeehh !!! Propaaaa jeeee semua tuh !!

Ishhh..lebey2 la plak emo aku ni… Bukan apa… Dalam dok kita menyalahkan yang lelaki, yang perempuan pun janganlah terlalu dibela… Sebabnye, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan…

Andaikata ada antara mereka yang pernah melakukan kesilapan ini telah INSAF dan BERTAUBAT, tak salah rasanya kalau kita MEMAAFKAN kan …..?

Oklah… Cukup2 la aku membebel ni yee… Len entri aku sambung lagi…

W'salam...

Adiossss...



No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu