Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Mewah Dah Kita Ni...

Assalammualaikum...

Malam tadi aku tengok cita 'Beyond Border' lakonan Angelina Jolie dengan Clive Owen kat Astro HBO (411)... Ada yang tertengok tak?? Aku tengok citer ni pun sebab ada Angelina Jolie... Heh...


Kalau nak diikutkan, ini bukanlah jenis2 cerita yang aku biasa akan tonton.. Tapi aku tertarik dengan sinopsisnye lalu aku pun meneruskan je tontonon aku...

Asas cerita ini adalah mengenai badan2 bebas yang membentuk satu kumpulan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat2 yang mengalami masalah kesihatan, kebuluran dan kemiskinan di Negara2 mundur diserata dunia. Masalah menjadi rumit apabila syarikat2 yang menaja mereka, berundur satu persatu menyebabkan mereka kekurangan dari segi kewangan.

Menonton cerita ini, baru aku sedar kenapa Angelina Jolie tergerak untuk membuat kerja2 amal. Dalam cerita ni, korang akan didedahkan serba sedikit keperitan hidup di negara2 yang mundur ini. Contohnye, pada tahun 1989 dimana Afrika mengalami masalah kemarau kering berpanjangan yang menyebabkan penularan penyakit seperti Malaria, Pnenomia (betul ke ejaan aku ni..hehe), kebuluran dan pelbagai lagi penyakit dan kerumitan hidup yang biasa kita baca didada akhbar dan tonton di kaca TV.

Adegan yang paling berkesan di Afrika ni pada aku adalah bila pembedahan dibuat tanpa menggunakan ubat bius kerana kekurangan bekalan. Tapi, oleh kerana sakit akibat kebuluran terlalu mendalam menyebabkan mereka lali dengan kesakitan belahan pisau jahitan dan cucukan jarum jahitan...

Selain Afrika, lokasi penggambaran juga dibuat di Kemboja dimana diceritakan keperitan sewaktu pergolakan pemerintahan kerajaan Vietnam dan Khmer Rouge pada tahun 1995. Aku sampai tak sanggup nak menonton bila mana seorang manusia sanggup menzalimi manusia yang lain. Rasuah ada dimana2 dan sesiapa yang menghulurkan bantuan akan dibunuh oleh tentera Khmer rouge. Kejam.. Memang kejam.. Satu2nya badan atau persatuan yang selamat apabila memasuki Kemboja pada ketika itu adalah PBB. Itupun, peluang untuk selamat masih terlalu nipis...

Setelah Kemboja, kisah cerita beralih pula di Chechya... Di sini, keperitan hidup juga tak kurang hebatnye... Peperangan disana sini. Wanita dirogol dan dibunuh... Isu keselamatan menjadi agenda besar kepada penduduk2nye. Bukan calang2 orang yang sanggup memasuki negara ini semata2 ingin menghulurkan bantuan makanan dan juga perubatan.

Itu antara kisah disebalik cerita ini. Sangat bermaknalah bagi aku. Membuat aku terfikir... “Dah mewah rupanye aku kat sini ni...” dan aku pasti, kalau korang menonton cerita ni pun, korang akan berfikir sama macam aku jugak...

Ketahuilah wahai sahabat,
Betapa kita beruntung tinggal di negara yang selamat...

Sesekali meneliti kesengsaraan hidup orang lain,
Membuat kita terfikir bahawa soal hidup bukan perkara main2...

Bersyukurlah diatas setiap nafas yang kita hirup dengan aman,
Kerana segala apa yang kita kecapi belum tentu kekal hingga keakhir zaman...

Aku tak layak nak berceramah, cukuplah kalau diberi peluang berkongsi apa yang aku rasa dan fikirkan buat pedoman kita semua. Segala yang baik datang dari Tuhan dan yang jahat adalah dari aku sendiri adanya... Sekian...

W'salam...

Adiossss...

5 comments:

Ayuni said...

hm, cambest nie, sye nk tgklh nnti...

ardinihumaira said...

;) betul2 kena sentiasa bersyukur

Aida Tamrim said...

Ayuni : Asik cakap jee.. Gi la tgk betul2..Huhuhu

ardinihumaira : Bersyukur sokmo ;D

wahida said...

rumah saya x de channel 411...huwaaa!!

Aida Tamrim said...

wahida : Pe lagi...register laaa.. Ahakss... huhu

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu