Assalammualaikum...
Okeh... Tadi aku dah kongsi kata2 hikmah dari tokoh2 bukan Islam... Sekarang, marilah kita berbalik pada petikan Hadith yang dapat kita pegang dan jadikan panduan... Rajin2 lah membacanye yeee...
→ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga selama-lamanya: Pertama orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya, kedua suami yang dayus atau orang yang tidak memiliki rasa cemburu dan maruah diri dan ketiga kaum wanita yang cuba menyerupai kaum lelaki".
→ Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari 'Aisyah radhiallahu 'anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Pilihlah tempat yang baik untuk keturunan kamu, dan bernikahlah dengan orang yang sekufu".
→ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa derita, atau penyakit, atau kesusahan, atau kesedihan, atau kesakitan, atau kedukaan, bahkan gangguan yang berupa tusukan duri saja pun, melainkan semuanya itu akan menjadi penebus dosa-dosa yang dibuatnya".
→ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada 'Aisyah radhiallahu 'anha maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah menyuruh membunuh lima jenis binatang yang merosak, di masa halal (biasa) dan di masa haram (ihram) iaitu tikus, kalajengking, gagak, helang dan anjing penggigit".
Hmmm... Ada banyak lagi sebenarnye.. Tapi, nanti aku sambung lagi laa... Lagipun, karang aku dok menulis panjang2, korang tak larat pulak nak baca.. Heh..
Baca2lah apa yang aku dah tulis,
Semoga segala kejahatan akan dapat ditangkis...
W'salam...
Adiossss...
5 comments:
sis, header br cantik! tp naper gmbr berulang?
Ayuni : Saje je... Nanti boring leh la tukar lagi... Hikhikhik
kak adialuze, thanks share :)
Ain Zulaikha : Sharing is caring ^__^
AdiaLuze: kat mana yg tak jadi icon tu??..ce citer?
message i kat fb: ina nazir
Post a Comment