Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 12, 2011

MUKJIZAT ZAMAN BERZAMAN

Assalammualaikum...

Sekadar renungan kita bersama :

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Foto Ehsan Google
P/S : Al-Quran mukjizat sepanjang zaman...Bacalah ia penuh kesyukuran di saat kita dilimpahi nikmat pemberian yang Maha kuasa dan bacalah ia penuh keinsafan di saat dugaan dan cubaan datang beganda2....Insyallah, segala2nya pasti dapat ditempuhi dengan jayanya...Amiiinnn.. ^_______________^

W'salam...

Adiossss...

6 comments:

deeya said...

insyaALLAH amin ..! ta ade yang mujarab tenan an jiwa selain al-Quran :)

Aida Tamrim said...

deeya : betul tu dik...Al-Quran ubat bagi segala penyakit :)

Anonymous said...

salam...

moga kita semua mendapat rahmat di drp Allah swt..amin

Aida Tamrim said...

SR : Insyallah...Amiiinnn..

Dang Tuah said...

kalau sakit kepala pun penawar dia al-Quran juga, bukan panadol. Memang penawar yang paling mujarab.

p/s: Jom amik tag contest ni di blog Tuah.

Aida Tamrim said...

Dang Tuah : Ya btol !!
P/S : Nanti sy g yeee. :)

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu