Assalammualaikum...
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung....
Bukan semua orang kaya kat dalam dunia ni suka bermewah2 kan..Hmmm...Tapi, susah la nak cari yang camtu... Satu dalam seribu kot baru jumpa...
Yelah..bila dah kaya raya, duit dah banyak, EGO pun mankin memuncak laa..Betul tak ?? Susah la nak jumpa yang masih berpijak di dunia yang nyata bila duit penuh dalam poket...
Nak tau apa yang dok membebel nih? Sebenornye, aku terbaca berita ni :
V
V
v
v
PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.
Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.
“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.
Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.
Kagum tak ngan billionaire muda nih ? Agak2 kalau orang kita, nak ke duduk bersila kat tepi2 jalan camni? Mesti ada yang mengeluh dan mendakwa 'elergik' dgn makanan murah kan..Hehehehe...
Mintak2 kalau ada rezeki kita nak kaya raya sok2, kita masih lagi dapat berpijak di bumi yang nyata la yee...Aminnn....
W'salam...
Adiosss...
No comments:
Post a Comment