Assalammualaikum...
Blog aku pasal aku,
Bercerita ikut apa yang terbuku,
Kalau ada yang terpukul dan terpaku,
Ampun dan maaf ucapan ikhlas dariku....
Hidup ini tak selalunya indah,
Penuh dengan janji dan madah,
Jangan suka pandang ringan dan mudah,
Kerana bahagia bukan sesuatu yang murah...
Hari ini aku bercerita,
Tentang apa yang ada di depan mata,
Mungkin akan ada aku terkesat kata,
Aku manusia biasa bukannya seorang pendita...
Kehidupan ini bukannya satu matlamat,
Yang boleh kita jadikan sebagai titik penamat,
Ada benda lebih penting perlu kau semat,
Bahawa syurga adalah tempat yang paling selamat...
Dalam hening pekatya malam,
Secara tiba2 rantaian kata2 terus kusulam,
Walaupun ianya tampak mentah dan kusam,
Maafkan aku yang masih bodoh membezakan antara permata dengan nilam...
W'salam...
Adiosss...
2 comments:
Nice!
Suka entry nie. betul syurga tempat paling selamat :)
miss Fyqa : Thanks sis... Menulis penuh perasaan masa ni..Hehehe
Post a Comment