Bukak2 suratkabo (online) hari ni, banyak betol berita pasal berita skandal seks Pemimpin Pembangkang yang dihebahkan ...
Aku bukan nak menyebelahi mana2 pihak, tapi, kalau berita ni satu FITNAH, semoga ALLAH membalas perbuatan mereka2 yang tak mengenal dosa ini dengan seberat2 hukuman dan andaikata berita ni benar belaka, semoga ALLAH memberi kita petunjuk untuk menilai dengan lebih baik.. Amin ...
Tapi, fokus aku hari ni bukan pasal si suami, tetapi pada si isteri yang setia disisi walau pelbagai tuduhan dilemparkan pada si suami. Sungguh aku kagum dengan kesetiaan dan kesabarannye menghadapi segala2nya ..
Salah atau betul si suami itu tidak terlalu penting andai punya isteri yang sentiasa mempercayai suaminya walau dalam keadaan segenting ini ...
Cuba bayangkan kalau jadi kat kita ... Baru sikit orang cakap pasal suami kita, dah melenting2 macam ulat cempedak je lagaknya .. Hmmmm ... Belum lagi suami kita kena tuduh macam2 .. Siap ada 'saksi' pulak tuh... Ish,ish,ish ...
Zaman sekarang ni, nak mengekalkan sesebuah institusi perkahwinan bukannya kerja mudah .. Tapi ianya sangat penting bagi menjamin kestabilan asas bermasyarakat.
Baru2 ni aku dengar dalam berita, 1 nisbah 5 rakyat di Malaysia kini mengalami gangguan mental atau dalam istilah biasa kita dengar ialah gila.
Kenapa agaknye jadi macamtu ye .. Selain dari faktor ekonomi yang sangat2 menghimpit rakyat terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang mempunyai gaji kurang dari 2k sebulan, faktor besar lain aku rasa asas kekeluargaan yang kurang kukuh ...
Yelah.. Kalau dalam rumah pun mak ayah asyik nak berperang, macamana la agaknya perasaan anak2 .. Rasanya aman tak jiwa mereka tu ? Kalau jenis yang ekspresif, mungkin mereka akan jadi penyumbang kepada penambahan dalam masalah gejala sosial .. Tapi, bagi mereka yang suka berdiam diri, aku rasa ianya akan 'memakan' mereka dari dalam yang akhirnya akan menyebabkan 'mental breakdown' .. Betul tak ??
Ianya cuma pendapat aku ... Ish... Apa hal aku pepagi ni cakap pasal isu serius sangat ... Hehehe .. Saje je nak berkongsi pandangan dengan korang semua ...
Apapun, aku harap mood aku hari ni akan lebih ceria dari hari2 sebelumnya ... Yeeeeaaayyyyy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
4 comments:
mmg respek la dengan dia..boleh pertahankan lagi suaminya walau teruk diasak..semoga dia terus tabah...
sahromnasrudin :Mudah2han ada Tuhan memberi ganjaran yang setimpal buat dia ... ;)
adialuze.. yg penting kena la selidik dulu, tapi, org media pun mmg suka tajuk-tajuk yg boleh melariskan akhbar..
Ina : Tula pasal ... Nak selidik sendiri pun susah gak ... Nak ikutkan suratkabo sangat pun susah .. Abis camne ... ?? Hehee
Post a Comment