Seperti kebiasaannye, pada hari Jumaat yang mulia ni, di waktu tengahari ni, aku nak berkongsi serba sedikit ilmu agama yang aku dapat hasil pencarianku di Google... Marilah kita bermuhasabah diri bersama ...
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda :
" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu . (Agak2..kat Malaysia ada tak ?? Heh..)
2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan .(Terjadi bila hidup bertuankan harta kekayaan dan kemewahan dunia..Huh!!)
3 . Zakat dijadikan hutang .(Ado ke macamtu????)
4 . Suami memperturutkan kehendak isteri . (Kena queen control la ni..)
5 . Anak derhaka terhadap ibunya .(Memang dah banyak sangat kes cenggini)
6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya . (Ini sambungan yang no.5 sebenornye..)
7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya . (Ini kesinambungan no.5 & 6)
8 . Suara ditinggikan di dalam masjid . (biasanye bagi mereka2 yang terlalu gah dengan pemberian duniawi ni..)
9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka . (Hmmmm...)
10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya . (Ni kat filem2 Bollywood ngan Holywood banyak la camni..)
11 . Arak diminum di merata tempat . (Betul ! Salah sapa agaknye kalau benda2 camni jadi.. ???)
12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki . (Hehehe..lagi2 kalau hari Khamis - Hari batik...Ada la tu yang 'ter'pakai)
13 . Para artis disanjung - sanjung . (Betul,betul,betul..!!!!)
14 . Muzik banyak dimainkan . (Pun betull !!!!)
15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) .
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain .
H.R TIRMIZI .
Sumber : SINI
Aku rasa semua kelimabelas2 menda kat atas tu memang dah wujud dalam masyarakat kita sekarang ni kaann.. Astaghfirullahalazim.. Mudah2han kita terlindung dari bala2 akibat perkara2 ini semua...Amiiinnn...
5 comments:
hm, kecilnye kite....
Banyak yg dah berlaku..
sama-sama ambil iktibar..
:)
Entry terbaru padlie: Bumi kita
Ayuni : Betul tuuuu...
padlie : Sama2 la kita bermuhasabah diri...
kak,dunia dh nk kiamat,.nauzubillah,.same2 la kite bnyakkn amal,.hurm,.
HATYCIKNUURUL : Tu la kan...benda yg baik ni kalau nak buat memang 'liat' bebenor...
Post a Comment