Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 4, 2011

Wasiat Yang Perlu Kita Patuhi

Assalammualaikum...

Apabila aku tiada kelak, aku nak apa yang aku tulis dalam blog aku ini membawa kebaikan kepada semua orang yang membacanya.. Makanye, aku nak kongsi lagi ngan korang entri mengenai "Wasiat Dari ALLAH s.w.t" ... Baca... Jangan tak baca tau !!


Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :


# Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya AKU tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 
# Jadikan cintamu kepada-KU sebab tempat kembalimu adalah kepada-KU. 
# Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. 
# Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. 
# Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :


# Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. 
# Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. 
# Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. 
# Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. 
# Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. 
# Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 
# Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya." 




SUMBER : SINI


Mulai sekarang (Insyallah), aku akan cuba untuk mengurangkan bercakap benda yang tak penting dan makan secara berlebihan..Juga akan cuba mengurangkan rasa terlalu kasih dan cinta pada semua perkara yang bersifat keduniaan (boleh ke...Isshhh..Mesti boleh ^_^)...Dan akan cuba mencerdikkan diri sendiri dengan pengetahuan yang bermanfaat...Insyallah...Amin...


W'salam...

Adiosss...

5 comments:

Cik Pulau said...

thanks for sharing.. ^^,

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

trime kasih kerana awak sekali lagi mengingatkan saya..sesungguhnya kita ini insan yg sgt lemah...

Aida Tamrim said...

cik pulau : Ilmu untuk dikongsi ;)

sahromnasrudin : W'salam...Marilah kita sama2 saling mengingati... ;)

deeya said...

sye suke makan .. erm ~ cube cube cube diEt :)

Aida Tamrim said...

deeya : Makan tu boleh dik... Cuma jgn nak berlebihan sgat...huhuu

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu