Korang biasa dengar tak peribahasa 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama" ?? HAaa..selain dari nama, manusia juga boleh meninggalkan wasiat kaaannn...
Wasiat yang aku nak kongsikan kali ini bukanlah dalam bentuk wang ringgit..Tapi, dalam bentuk amanat.. Jom kita baca !!!
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
SUMBER : SINI
Ilmu Agama ni kalau kita rajin mencarinye, pasti tidak akan cukup sampai bila2...Tapi ingat! Jangan suka sangat nak berguru dengan buku kerana kita boleh tersesat kerananya..Jadi, kalau ada sebarang kemusykilan, carilah mereka2 yang bertauliah untuk merungkainya...
3 comments:
InsyaAllah...
jom tengok Halaqah setiap selasa 10 malam .. Halaqah rancangan forum agama terbaek :)
ardinihumaira : Cb..mesti boleh amalkan...hehehe
deeya : Suka gak tengok..Tapi pilih2 tajuk...boleh gitu ? Hehehe
Post a Comment