Sebagai manusia biasa, kita takkan lari dari kesilapan kan.. Tapi kalau sengaja buat silap tu macamana plak ??
Semenjak menjadi seorang isteri kepada seseorang bergelar suami sejak 3 tahun ni, aku kerapkali berfikir adakah aku sudah menjalankan tanggungjawab aku dengan baik ?? Akan ada ke tempat untuk aku di syurgaNYA kelak ??
Kepada mereka2 yang sudah atau akan bergelar isteri, ingin aku kongsikan beberapa info berharga buat kita semua... Sudi2kanlah baca dan cuba2lah amalkan yeee...
Untuk menjadi isteri solehah bukanlah susah hanya perlu mengikut 2 syarat ini yang paling mudah. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
(1) Taat kepada Allah dan RasulNya.
(2) Taat kepada suami.
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
(1) Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat.
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
- Berbuat baik kepada ibu dan bapa.
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa.
- Bersikap baik terhadap tetangga.
(2) Taat kepada suami.
- Memelihara kewajipan terhadap suami.
- Sentiasa menyenangkan suami.
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak bermasam muka di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangga.
SUMBER : SINI
Astaghfirullahalazim... Bila baca perinncian syarat2 di atas, terasa kecilnye diri aku ini.. Ya Allah..KAU ampunkanlah dosa2 aku Ya Allah... Astaghfirullahalazim... T___________T
P/S : Abang... Maafkan segala salah silap i pada Abang sepanjang kita berkahwin yee... =.=
No comments:
Post a Comment