بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Dari semalam aku dok membelek laman web AA ni. Hajat di hati memang meronta-ronta nak pergi bercuti. Teringin sesangat nak pergi berehat kat tepi pantai ... Nak mereleasekan segala jenis tensen yang bersarang dihati. Tapi, dek kerana kekangan dari segi kewangan, semua hajat tersebut asyik tertangguh jek .. Hmmmmphhhh ...
Hari Rabu malam khamis ari tu TV aku kong ... sedey .. T__T .. Nak tak nak, TERPAKSA la beli TV baru. Nak beli cash tak berapa nak mampu. Lagipun, la ni dah hujung bulan. Nak guna kad utang, kad utang pun takde, so, nak tak nak, kalau nak beli cash, kenalah tunggu awal bulan. Kalau tak pun, kena guna kaedah ansuran bulanan .. Huhuhu ...
Sib baik la kawan aku ada TV spare. Walaupun TV dia nampak kuning cam kertas lama je, boleh la kalau nak tengok. Nampak lagilah gambo. Walaupun agak kekuningan gambarnya .. Hik hik hik .. Apapun, kena ucap ALHAMDULILLAH ...
So, kawan-kawan, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Firman Allah Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Suami aku pernah berpesan, KUANTITI tak penting. Yang paling penting, KUALITI. So, biarlah kita tak berapa berada, yang penting, kita sentiasa bersyukur apa yang kita ada ^^
W'salam ..
Adioss ...
2 comments:
hikhik, br dpt dtg cni...sweetnye header....
btul...kita kena bersyukur apa yg ada dan bila kita susah dpt sesuatu kena pikir ada yg lebih susah dari kita :)
Post a Comment