Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 24, 2012

Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Rasanya majoriti intipati cerita untuk seantero blog dalam Malaysia untuk hari ini adalah berkisarkan cerita pernikahan Yusry Abd Halim dan juga Lisa Surihani. Aku, pagi-pagi tadi lagi dah wat dah. Tepek gambo kawin depa yang aku pinjam dari Google je pun. Ahaks.

Ok. Tu pasal berita hiburan. Ni kita citer skit pasal Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi. Tajuknya adalah " Tau Buat Atau Taubat ". Dipengerusikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah dan panelnya adalah Dato' Dr. Fadhilah Kamsah dan Ustaz Badli Shah. Best. Menghiburkan dan berinfomasi.

Salah satu ulasan yang aku nak kongsikan adalah mengenai kisah seorang budak perempuan yang datang berjumpa dengan Abu Hurairah r.a untuk meminta nasihat. Budak perempuan ini mengaku telah melakukan beberapa jenis dosa besar. Antaranya, berzina, mengandung anak luar nikah dan membunuh bayinya yang baru lahir. Dia bertanyakan apa yang patut dibuatnnya kerana dia telah benar-benar menyesali perbuatannya.

Abu Hurairah memandang budak perempuan itu sambil mengeleng2kan kepalanya. Jawab Abu Hurairah (lebih kurang camni le) " Apa yang kamu buat ini terlalu dasat dan sangat teruk. Semua jenis kejahatan telah kamu lakukan. Daripada berzina sampai mengandung dan membunuh bayi kamu sendiri. Kesalahan kamu ini amat susah untuk diampunkan ". Setelah mendengar kata-kata tersebut, budak perempuan itu terus pengsan.

Dalam keadaan yang panik, Abu Hurairah pergi menemui Rasululllah S.A.W untuk meminta pendapat. Setelah menceritakan segala-galanya, Nabi S.A.W terdiam sambil memandang tajam kearah abu Hurairah dan mengatakan apa yang teruk dan dasat, bukan budak perempuan itu, tetapi Abu Hurairah. Nabi S.A.W memberitahu bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Lagi-lagi kepada Hambanya yang bertaubat. Lebih kurang begitulah Nabi menjawab.

Mendengar jawapan dari Rasulullah S.A.W tersebut, Abu Hurairah kembali mencari budak perempuan terbabit dan menyampaikan apa yang telah diberitahu oleh Baginda. Setelah mendengar perkhabaran tersebut, gadis tersebut sangat terharu dan dek kerana terlalu bersyukur, dia telah mensedekahkan sebidang tanah yang di dalamnya tumbuh subur pokok-pokok kurma yang telah ranum buahnya.

Ok. Daripada cerita ringkas di atas, boleh la kita simpulkan bahawa kita sebagai manusia biasa ni, jangan sesekali nak suka-suka menghukum orang lain yang telah melakukan kesilapan. Selagi dia belum Syirik, segala taubatnya Insyallah akan diterima oleh Allah. Bagi yang telah syirik, jalan taubatnya ada. Cuma, kena lebih tekun daripada biasa.

Salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecik yang terpalit pada kita adalah dengan banyakkan beristighfar. Ingat ! Ini merupakan ayat yang paling dibenci Syaitan. Jadi kawan-kawan, marilah kita rajinkan mulut dan hati kita supaya BERISTIGHFAR ...



W'salam ..

Adioss ...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu