بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Esok, kalau tak ada aral melintang, Insyallah aku akan pulang ke kampung halaman aku. Yiipppiiiiyyyy.
Sementara banyak cuti ni, apalagi, balik je la kampung. Nanti bulan 3 sampai bulan 4 rasanya takde dah cuti-cuti Malaysia macam ni kan. Lagipun, sementara aku ngan suami 'masih bujang' ni la boleh sesuka hati balik kampung. Sok-sok dah beranak pinak, jenuh nak plan dan berkemas-kemas pulak kan .. Thehehee ..
Tapi, kalau dah memang nak balik kampung, apa saja sanggup dilalui kan. Ceceh .. cam bercinta la plak .. Tapi, betullah tu. Kita balik kampung pun kerana CINTA pada orang tua kita jugak. Sementara diaorang masih ada lah ni kita nak selalu pergi menjenguk apa yang patut. Nanti, kalau dah tak ada, nak menyesal pun dah tak guna. Kerja, kerja jugak .. Tapi orang tua jangan lah sampai lupa. Lagipun, duit bukan leh bawak ke kubur pun. Hmmmm ...
Ok. Malam ni basuh baju yang bertimbun kat rumah tu. Kemas apa-apa yang patut untuk di bawak balik ke kampung. Kemas rumah sikit-sikit supaya balik dari kampung nanti, takdelah berselerak sangat. Lagi apa nak kena buat ni .. Kena buat list ni .. Takut ada yang terlupa nak buat .. Huhuuhu
P/S : Leh la men gomol-gomol ngan si kecik ni puas-puas .. suka, suka, suka .. ^___^
W'salam ..
Adioss ...
No comments:
Post a Comment