بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
Bila kita menginginkan sesuatu, lazimnya kita selalu berharap yang ianya dapat segera diperolehi. Ada sesetengah orang yang tak peduli dengan apa cara sekalipun, asalkan hajatnya dapat dipenuhi.
Tapi, mungkin kita lupa kata-kata seperti "There is no shortcut to Success" dimana membawa pengertian, sesuatu kejayaan haruslah diperolehi daripada satu bentuk 'perjalanan' yang panjang.
Bila berhajatkan sesuatu, kita ada 2 cara. Satu, jumpa bomoh atau guna jalan khurafat.
Yang ini mungkin kita akan dapat apa yang kita nak dengan cepat. Tapi, keburukannya adalah lebih banyak dari yang kita sangka. Contohnya, kita teringin nak banyak duit. Pergi mana-mana kubur, buat pemujaan untuk mintak nombor. Dengan izin Tuhan, kita memang boleh dapat nombor yang menang besar, tapi, persoalannya, berapa banyak benda yang boleh kita beli dengan duit haram tuh??? Berbaloikah kita nak perjudikan nasib keturunan kita dengan menyuapkan mereka nasi yang dibeli hasil dari perbuatan khurafat kita itu???
Atau .. Kita boleh bersabar sedikit dan cuba guna jalan yang kedua. Berdoa kepada Allah S.W.T. Bukankah DOA itu adalah senjata orang mukmin .... ?
Ya. Memang hasilnya bukan serta merta. Tapi, percayalah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Dia akan perkenankan doa kita asalkan ianya adalah yang terbaik untuk diri kita. Lagipun, sesuatu yang kita perolehi dengan cara yang betul ni, nikmatnya adalah berpanjangan dan ianya tidak memudaratkan sesiapa.
So, jangan pernah berhenti berdoa ye kawan-kawan. Allah takkan melupakan hambaNYA yang tak pernah lupa untuk mengingatiNYA. Sesiapapun boleh meluahkan apa sahaja kata-kata hikmah, tapi, hanya kita sendiri yang mampu mengubah nasib diri. Segala-galanya dengan USAHA + DOA + TAWAKAL + REDHA.
P/S : Dunia memang sementara, tapi tak salah kalau kita "live life to the fullest" ^^
W'salam ..
Adioss ...
1 comment:
benar itu..dalam apa jua yang kita lakukan, istiqamah itu penting..termasuklah dalam berdoa kepada Allah SWT
Post a Comment