بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Ok. Dapat some info daripada Mingguan Wanita yang aku ingin kongsikan dengan korang semua. So, enjoy reading kay !! ^^
6 Panduan Buat Suami Isteri :
1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Kata Aku : BETUL ! Kerana tanggungjawab sebagai SUAMI dan ISTERI ini tersangatlah besar dan kalau tak dapat dipenuhi, alamatnya, menjawablah dengan Tuhan kat Akhirat kelak. Gulp !
2.Periksa Status Kewangan
Kata Aku : Tak perlu la Jutawan atau Hartawan. Cukup sekadar cukup segala keperluan yang utama (Makan+Pakai+Tempat tinggal). Ini untuk aku lah. Lain padang, lain belalang kaannn ...
3.Matang Membuat Keputusan
Kata Aku : Belajar dari kesilapan. Tak semestinya terus kawin, terus boleh buat keputusan yang matang kan. So, sama-sama belajar untuk menjadi lebih matang.
4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata Aku : WAJIB ! Kalau yang mula-mula kawin tu tak dapat restu, usahakan diiringi dengan doa untuk mendapat restu itu yee ..
5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Kata Aku : SETUJU 200% !! Ini yang paling penting untuk sentiasa kekal aman dan harmoni. Ketepikan segala ego dan baran yang tak bertempat. Insyallah bahagia ..
6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Kata Aku : Nobody is perfect. So, kalau pasangan pernah buat silap dan dia dah mintak maaf, belajar untuk memaafkan dengan ikhlas. Sentiasa berdoa semoga dia tak mengulangi kesilapannya lagi. Bila dah memaafkan, berusaha untuk tidak mengungkit yee .. Theheheee ..
|
My Beloved Parent |
W'salam ..
Adioss ....
2 comments:
belum kawin g tapi segala nasihat akan diingati =)
kahwin nt kne tgk lek tips2 ni..
Post a Comment