Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 1, 2012

Kisah Vanilla Coklat & 30 Minit Ustaz Don

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Malam tadi layan citer Vanilla Coklat. Mankin lama mankin best je rasa. Si Aiman ngan Izara berlakon dalam tu cam soooo sweeeettttt jeee .. 


Tadi dok mengskodeng blog-blog orang lain dan terbaca pasal sinopsis citer ni. Lepas ni, ada babak si Liyana (gediksss) ngan si Kamal (si control macho yang hancusss) buat khianat sampai cinta yang baru berputik antara si Zara ngan Aamir terpaksa terpisah dek kerana orang tua mereka yang dah termakan hasutan 2 orang manusia pendengki itu.

Apapun, tak sabar nak tengok episod minggu depan di mana si Aamir meluahkan rasa cinta pada si Zara. Oooooohhhhh ...

Ok. Lepas layan citer drama berantai ni, aku layan plak 30 minit Ustaz Don. Ni pun seronok gak. Walaupun hanya 30 minit, ilmu yang aku dapat tak ternilai rasanya. Malam tadi, Ustaz Don bercerita tentang kisah kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W. Tetiba hati rasa terusik jeee ... Hmmmm


Pada yang tak pernah nak menonton tu, cuba-cuba la layan program penuh ilmu ni ya. Tak dapat banyak, dapat sikit pun kira Alhamdulillah. Yang penting ianya bermanfaat buat kita. Bukan susah pun. Kalau yang ada Astro tu, tekan je siaran 117 (kalau tak silap aku la) untuk TV Al Hijrah. Untuk siaran TV biasa, aku tak pasti pulak siaran berapa. Tapi, aku pasti, kebanyakkan kita dah ramail yang pasang Astro kat rumah kaannn ...

Kalau tak dapat tengok malam tadi, jangan risau sebab malam ni pun ada lagi jam 10 malam. Tajuk masih berkisarkan tentang Nabi kita Muhammad S.A.W. Kalau Biografi artis kesayangan kita, kita boleh hafal, apalah salahnya kita mengenali semula insan istimewa yang bakal kita tagih Syafaatnya di Akhirat kelak ini nanti.

Betapa kasihnya Rasulullah S.A.W pada kita sehingga di penghujung hayatnya, apa yang paling merisaukan Baginda adalah UMATNYA. Sehinggalah Malaikat menjanjikan kepada Baginda bahawa umatnya akan diberi keutamaan apabila memasuki syurga kelak, barulah kekasih Allah itu dapat menghembuskan nafas yang terakhir dengan dada yang lapang.

Kasihnya Rasulullah S.A.W pada kita, umatnya, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi kita sebagai umatnya, kenapa jarang sekali ingin berselawat ke atasnya dan jarang sekali cuba mengenali Baginda dengan lebih dekat ? Aku sedih kerana aku sendiri pun lebih mengutamakan kasih dunia dari kasih pada Rasulullah S.A.W dan Allah S.W.T ...

P/S : Marilah kita saling beringat sesama Islam agar kita dapat sama-sama berpeluang untuk ke Syurga Allah yang dibina khusus untuk kita kaum Muslimin dan Muslimat .. Aaammminnnnn ...


W'salam ..


Adioss ...

3 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

di bahagian awal mlm td, beliau menceritakan bagaimana Nabi Isa AS menyatakan baginda belum tentu layak memakaikan kasut keda kekasih Allah SWT ini

AzianKhalil said...

tak dapat tgk..berebut dgn anak nak tgk katun

Ibu Ammar said...

tengok gak 30 min bersama ustaz don smlm, tapi bertahan 15 minit je sbb ngantuk sesangat. adei. bila dgr ceramah syaitan pun gayut kat mata.

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu