بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
**Nota Awal : Entri ini lambat di publish kerana Empunya Blog tersangatla sibuknyeee ^_^*
Hari ni Rabu. Aku telah pun bekerja semula setelah bercuti 4 hari. Ingat lepas cuti, battery dah cas semula, leh la pulun buat keja tahap maksimum. Tup tup .. aku batuk ngan selsema la pulak .. ALHAMDULILLAH !! Aku bersyukur. Mudah-mudahan ini merupakan salah satu tanda yang Allah masih sayangkan aku.
”Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nak ikutkan, rasanya tiap bulan aku ada penyakit camni kan. Huuhuhu .. Almaklumla. Bila usia mankin bertambah ni, tahap antibodi dalam badan pun dah tak berapa nak bagus sangat. Takleh nak alami perubahan cuaca yang mendadak, badan mesti tak tahan.
Hari ni aku masuk shift petang. Dapatlah bangun lambat sikit tadi. Lepas laki aku gi keje, aku terus sapu ngan mop lantai. 4 hari aku tinggalkan, dah rasa melekit je tiles rumah aku tuh. Walau badan rasa tak berapa best, aku gagahkan la jugak.
Okla.Kena sambung keja. Esok ada Internal Meeting. Masih banyak lagi benda yang belum berupdate lagi nih. Tensen betul kalau dah escalate problem, masih belum dapat apa-apa update dari mereka-mereka yang berkenaan ..
Ketika menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit, Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah swt., doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
W'salam ..
Adioss ...
No comments:
Post a Comment