Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 4, 2011

Cerita Pasal keHILANGan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Semalam petang jam 0600PM merupakan detik-detik yang agak mencabar keimanan aku .. Pulang dari kerja, dengan cita-cita untuk mandi dan menunaikan solat asar, aku pun membuka suis lampu dan kipas dan agak mengejutkan bila aku mendapati, maupun lampu atau kipas, dua-dua pun tak berfungsi.


Aku jadi kalut sekejap. Seingat aku, bil elektrik telah pun aku jelaskan. Kalau ada pun baki, cuma ada RM00.05 je yang masih belum aku lunaskan. Itupun, due datenya 10hb 10. Isshhh .. Aku jadi hangin satu badan. Aku check kotak suis utama dalam rumah dan ternyata, semuanya dalam kedudukan keatas (yang sepatutnya).


Dalam kemarahan yang mula terkumpul, aku check plak fius yang kat luar rumah. Ternyata, telahan aku benar ! Muka aku tetiba jadi ala-ala camni ...


Menda kotak suis yang warna hitam tu HILANG !!! Aku tak tau la penama nya .. Tapi mendanya macam charger. Cuma besar skit dan berbentuk segi4 sama.


Apalagi, kelam kabut aku tepon laki aku dan laki aku suruh tepon TNB. 2 kali aku tepon, jawapan yang aku terima lebih kurang camni " .. Puan report pun dah lepas opis hour, jadi kita cuma boleh forwardkan laporan puan ni pada bahagian pemotongan dan technician kita akan call Puan. Kami tak pasti berapa lama .." HAaaa .. Tak lagi berbulu aku dengar camtu ? Cam nak lepas tangan je bunyinya kan .. HAMPEH !!


Lepas tu, aku mintak laki aku pulak tepon. Masa tu aku dah menangis laa .. Yela .. Dah la hari mankin gelap. Nak buat apa pun takleh sebab penglihatan dah terbatas. Laki aku plak takde. Aduyaaaiii ..


Nak diringkaskan, lepas laki aku tepon dan sound orang TNB tu, barulah dia hantar orang dia datang. Dalam pukul 0800PM diaorang sampai. Haaa .. Dialog yang dikeluarkan kali ni lagi buat aku cam nak melalak. Technician tu kata (lebih kurang camni la ringkasnye) "... Kalau kes kecurian camni, kena repot polis dulu baru kita akan ganti .." Humangaaaiiii ... Aku tanya dia, kenapa masa buat repot tadi tak cakap. Dia kata, orang yang amik repot tu tak tahu prosedur bahagian pemasangan camtu .. BOleh ??? AAArrrrGGGgggHHHhhhhh ...


Okelah .. Sebab dia tengok muka aku pun nak tukar warna hijau, dia pun bagi la jugak ganti bendalah tu .. Alhamdulillah .. Cuma, len kali kalau jadi camtu lagi, dia suruh aku buat repot polis dulu ...


Ok. Tu cerita malam semalam. La ni, cerita pagi tadi sebelum aku gi kerja. Errr .. Macam panjang plak crita aku ni kan .. Tapi, takpe .. Bukan selalu pun .. thehehee .. Okeh. Berbalik pada cerita aku.


Pagi tadi, masa aku nak amik tudung gi kerja dalam bilik tamu (yang ada tingkap dekat ngan kotak suis kat luar rumah tuh), aku terperasan ada satu benda kat sebelah katil, kat bawah tingkap. Aku pun bukak la lampu, tup tup .. aku nampak suis yang aku sangka hilang tu rupanya !!!!!! HAaaaa .. Ni sapa punya kerja la nih !!! Pasai apa la depa dok dengki kat kami .. Kami bukannya dok kacau orang pun .. Hmmmphhh .. Sedeynyeeee ...


Okla. Tu je cerita aku pagi nih. Nampaknya, aku kena buat sesuatu pada suis tu supaya mereka-mereka yang berdengki khianat ni takdapat buat macamtu lagi .. Apa yang patut aku buat ek ??? Ada cadangan tak kawan-kawan ???


P/S : Kejadian semalam betul-betul membuatkan aku terfikir .. "Why me ??" .. Tapi, setelah dikaunseling oleh laki aku, baru aku mampu berkata .."Try me !!"

Often we stand at life's crossroads and view what we think is the end.
but GOD has much vision and HE 'tells' us "relax my child' its just a 'bend'..."

W'salam

Adiosss...


5 comments:

CikTomyam said...

ahaks..

akak? try me? tehee~~

blog akak best, sy follow k..

datang singgah blog sy pulak naa..^^

_ Cik Tomyam_

AdiaLuze said...

Cik Tomyam : TQ TQ .. Akak nak gi blog kamu xleh la ..isshh.. napa ek .. iskkk .. ~O~

JaSSNaNi said...

ooooo... bukan hilang la fius tu... kalau tak salah saya namanya fius... @ fuse.. ni kes orang dengki kot,. takkan benda tu leh masuk dalam umah.. ermmm.. heran betui.. ehehehe.. ape pun mmg la geram.. dah la penat.. baru balik keje.. bil dah bayar.. takkan ade kes potong kan..

Hawa said...

Akak tk faham la Aida..maksudnya ada orang masuk dlm rumah ko ke..boleh ade kotak hitam tu dlm bilik ko?..ei..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...lama awak berehat....semoga kembali berblog ya

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu