Di hari Jumaat yang mulia ni, bila merenung pelbagai kemusnahan yang berlaku di bumi kita ni dek kerana amukan alam, aku terpanggil untuk membuat entri ini. Sumbernya aku dapat dari SINI.
Semenjak 2 menjak kebelakangan ini, selain melambaknye filem2 luar yang mengambarkan tentang dunia akan kiamat, kita juga ibarat disuluh untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi pada bumi kita sekarang ni..
Bencana alam datang bertubi2.. Bermula dengan Tsunami pertama pada tahun, diikuti dengan gempa bumi di sana sini, juga letupan gunung berapi di Merapi dan yang terbaru, mimpi ngeri radiaksi akibat Tsunami di Jepun...
Semua ini, mebuatkan aku terdetik untuk membuat entri tentang 13 TANDA2 KIAMAT ...
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah :
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab : "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad
Dek kerana aku taknak korang boring membaca, aku telah 'memecahkan' entri ini kepada 2 episod..Hehehe.. Jadi, jangan lupa baca sambungannya esok pagi yeee !!!! ^_______^
4 comments:
masyaallah .
Azza Firza : =.=
kita berada di akhir zaman..
cuma penghujung yg hakiki je masih kita x tahu..
wallahualam~
kak, saya tag akk.. sudi2 la intai ye..
cik nurussalwa : Sbb itu kena slalu sediakan diri untuk menghadapi hakikat yang hakiki...
P/S : TQ. Nanti akak jenguk ye... ;)
Post a Comment