Aku percaya ramai antara kita yang sering menggunakan ayat di atas tu untuk menasihati orang lain dan juga diri sendiri kan ... Takyah cakap orang lain, ak sendiri pun selalu gak guna frasa tu ..
Dalam kita sering melafazkan kata2 ini, adakah kita benar2 menyelami dan mendalami erti sebenar SABAR tu sendiri ? Percayalah .. Ianya lebih mudah di lafazkan dari dikotakan ... Kalau setakat nak lafazkan tu, budak darjah satu pun boleh buat ... Nak laksanakan tu yang kadang2 orang yang dah separuh abad umurnya pun masih tak mampu nak buat ...
S - Setiap dugaan yang mendatang
A - Andai boleh sentiasa dipandang positif
B - Beri kesempatan akal mengawal hati
A - Akan pastinya kita semua
R - Rasa tenang dan aman sepanjang masa ... Insyallah ...
Firman Allah, maksudnya:
"Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
Daripada Firman Allah SWT di atas, kita akan dapat merumuskan yang balasan ke atas setiap orang yang sabar itu adalah sangat2 indah. Kita tahu, kita faham, tapi, kenapa masih lagi ada yang boleh berkata "Sabar aku ada batasnya" ? KENAPA ?
Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Jadi, kalau kita sendiri meletakkan batas pada sifat sabar pada diri kita sendiri, layakkah kita berkata yang kita sudah benar2 beiman kepada Allah ??
Ingatlah wahai sahabat2ku sekalian, apa yang tersurat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Ada orang yang akan bertanya :
" Sebelum saya berkahwin, saya sudah minta petunjuk dari Allah samada pilihan saya itu adalah yang tepat dan DIA telah memberi petunjuk bahawa lelaki itu memang yang terbaik untuk saya. Tapi selepas 5 tahun, kenapa kami bercerai jugak ? "
Jawapan yang aku pernah baca dari Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie) ; "Pada masa perkahwinan itu terjadi, Allah mengetahui bahawasanya ianya adalah yang terbaik untuknya pada ketika itu. Selepas 5 tahun, akan ada lagi yang lebih baik untuknye menanti, tetapi, Allah akan menduga dia dahulu sebelum diberinya kegembiraan itu ..." lebih kurang macam tu la jawapannya ..
Jadi, bila kita dirudung malam, ingatlah firman Allah SWT dlm surah Al - Baqarah ayat 286 yang bermaksud,
"Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Bila berbicara mengenai sabar, fahami dulu maksudnya sebelum kita melafazkannya pada sesiapa yee ...
6 comments:
datang singgah n follow awk...=)
Bagus info ni...Surah yg last tu plg sy suka !!
Jemput baca " KALAU DAH TAKDIRNYA JADI TETAP JUGA AKAN JADI..." di blog sy!
CT : Mekasih ... Nanti akak gi yee ;)
ADIA... klau kali pertama keluar nk wat beli rumah mmg ambil masa lama cikit pasal nk tunggu loan bank approve dan surat dr peguam dulu tapi kalau kali ke dua dan seterusnya xlah lama bergantung pd dokumen2 yg support tu.
Klau semua legkap & x de masalah cepatlah.. jadi klau nak cepat kita kena pastikan semuanya lengkap supaya x tersangkut di mana2.
Gunakan hak kita yg ada tu sebaiknya..:)
CT : Oooo... Yeke ... Mekasih bbyk diats info itu sis!! Really appreciate it ! ;)
miss frog : Mekasih dik ;)
Post a Comment