Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 24, 2011

Keje GILER



SACRAMENTO, California (AP) — Polis Sacramento menahan ibu berusia 29 tahun pada hari selasa lalu selepas pegawai Penyiasat mendapati bayinya mati akibat luka terbakar di dalam ketuhar gelombang.

Ka Yang telah ditahan tanpa ikat jamin di penjara Negeri Sacramento kerana disyaki membunuh dan mencabul yang mengakibatkan kematian anaknya.

Dia ditahan selepas 3 bulan anak perempuannya, Mirabelle Thao-Lo, yang berusia 6 minggu ditemui mati di rumah keluarganya pada 17 Mac yang lalu....


Berita di atas adalah petikan berita yang aku baca di "Yahoo News"(aku translate sendiri .. heh) hari ni . Bunyi macam kejam je kan bunyinya .. Tapi, ce cuba kita pikir balik .. Kalau andaikata si ibu buat semua benda2 tu masa dia memang tengah mengalami Post Natal Depression (PND) atau lebih kita kenali sebagai Gila Meroyan, macamana kita nak hukum tu ?

Nama pun "GILA" kan? Dah tentulah masa dia buat tu, dia tengah tak waras. Jadi, kita yang waras ni boleh ke nak mencaci, menghina dan menghukum dia sebelum diadili ?

Bukannya aku nak membela perbuatan si ibu ni tadi, tapi, kita ni kadang2 suka sangat menghukum dan memberi pendapat hanya berlandaskan berita2 yang disampaikan dalam internet, suratkabo dan lain2 medium media massa yang ada laaaah .. Adil ke camtuh ??

Jangan kata korang la .. Aku ni pun kadang2 terpedaya jugak dengan berita2 camni .. Yang kesiannya adalah waris2 pelaku2 berkenaan .. Mesti tertekan dengan persepsi dan pandangan orang ramai .. Dia orang tak buat salah tapi dilayan macam diaorang pulak yang salah .. Contoh yang paling dekat adalah waris kepada Mona Fendi. Bayangkan betapa tertekannya hidup anak2nya bila orang tau, ibunya adalah Mona Fendi.

Apapun sebab dan alasannya, hanya Allah saja yang tau, kita yang tak berapa nak tau ni, takyah la nak menjaja cerita2 yang kita sendiri tak tau kebenarannya ..

Nota : Sekadar pesan berpesan sesama umat ...

W'salam...

Adiosss...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu