Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 21, 2011

Aku Seorang Yang Anti Social ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Agak lama jugak aku ak menulis dalam blog kesayangan aku ni kan. Bukan merajuk atau nak berhenti berblogging. Aku agak sibuk semenjak dua menjak ni. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam jangkamasa yang agak singkat. Heh~

Malam ni baru aku agak berkesempatan dan sedikit rajin untuk menulis. Takde apa pun yang menarik utuk diceritakan. Cuma aku nak bercerita sedikit mengenai anti social.

Teruk sangatkah aku kalau aku ini merupakan seorang yang anti social? Aku adalah seorang manusia yang agak suka privacy. Tapi takdelah selalu pun. Pada masa-masa tertentu je. Contohnya, pada masa aku terlalu penat selepas balik kerja. Aku lebih suka meluangkan masa di rumah bersama orang yang tersayang daripada meronggeng-ronggeng ke luar rumah berhuha huha.

Pada masa cuti, aku tak kisah pun kalau nak keluar dengan kawan-kawan. Tapi, aku lebih suka menghabiskan masa dengan orang-orang yang aku kenal dan selesa. Contohnya seperti ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat terdekat.

Entahlah .. Kadang-kadang, bila terlalu bercampur ngan orang sangat ni, aku rasa mankin banyak pulak dosa yang aku buat. Yelah, biasalah orang pompuan ni .. Kalau dah jumpa tu, dengan orang yang baru kenal pun leh mengata, leh mengumpat kan .. Ahakss~

Takpelah .. Kalau ada orang nak cakap aku ni anti social pun,  biarlah .. Aku penat dah nak pikir pasal apa yang orang lain pikir .. Asalkan aku tak menyusahkan diaorang, cukuplah ..

Okla .. Aku nak gi tido. Esok kena bangun awal. Almaklumla, minggu ni aku masuk keje awal. Chow ! ^^

W'salam


Adiosss...

4 comments:

reenapple said...

ohooo.. kita pom macam tue.. eh.. sama la.. heheh

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

kekadang perlu gak untuk kita beranti sosial...mcm mesyuarat tingkap..takkan nak join sama kan...

drpd join, baik pi solat jamaah kat surau huhuhhhh

AdiaLuze said...

reenapple : Heehehe .. kiranya kita dia ni very da privacy person la kan .. Ahaksss

AdiaLuze said...

sahromnasrudin : Waalaikumussalam ...
Betul tuuu .. Kalau g jemaah kan surau lagi beso faedahnya kan .. hehehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu