Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 8, 2012

Bersedekah : Antara Penipuan dan Keikhlasan



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Korang pernah tak mengalami satu situasi dimana korang tengah sedap-sedap makan kat kedai makan (yela .. takkan kat kedai tayar beskal plak kan .. hehehe), tetiba datang 2 makhluk Allah yang mana salah seorangnya pakai cerminmata itam dan kat tangan bertongkat, dok menghulur tangan mintak sedekah? Haa .. Panjang betul soalan aku. Pernah tak? Pernah tak?

Aku selalu la terjumpa. Masa mula-mula tu ada la gak aku menghulur. Tapi sejak-sejak banyak sangat kisah tentang sindiket pengemis yang memang sengaja menipu untuk meraih simpati masyarakat ni, aku memang dah tak caya. Yela kan. Dari aku bagi tapi hati aku dok was-was dan tak ikhlas, baik aku tak bagi.

Tapi kalau korang nak bagi, boleh je. Bak kata Ustaz Azhar Idrus hari tu aku ada terbaca, dia kata, kalau kita terserempak dengan mereka-mereka ni, kalau betul diaorang memang orang susah, kita ada dapat satu pahala iaitu pahala bersedekah. Tapi, kalau mereka ini merupakan penipu dan pembohong, maka kita akan dapat dua pahala. Pahala bersedekah dan pahala kena tipu. Hehehe ..

So, pada yang masih nak bersedekah tu, kalau boleh, teliti la betul-betul ye. Kadang-kadang, sindiket pengemisan ni, kita akan tau pattern diaorang beroperasi. Kalau kita dah tau, tapi masih nak menghulur, tak pasal-pasal kita dikira bersubahat kerana menggalakkan lagi perbuatan mereka ni. Tapi, kalau kita betul-betul taktau, takpela. Hanya Allah yang layak menghukum mereka ini.

Tapi kan. Dalam banyak-banyak pattern operasi-operasi seperti ini, yang paling aku takleh nak tahan adalah bila nampak budak-budak kecik yang kalau ditengokkan, umurnya mungkin dalam lingkungan 10-12 tahun, disuruh menjual barang (kalendar ke, kerepek ke, apa2 jela) sambil meminta sedekah.

Kadang-kadang tu, sampai tengah malam, diaorang masih berkeliaran membaca bungkusan-bungkusan jualan mereka merata tempat. Agak-agak kalau ada manusia-manusia yang berhati songsang dan berniat jahat ternampak mereka dan membuat sesuatu yang tak baik pada mereka macamana??? Takkan masa tu la kita semua ni baru nak cemas-cemas amik tindakan. Hmmmm ...

Bila ternampak budak-budak camni, nak tak nak aku hulurlah jugak seikhlasnya. Sayu hati aku. Teringat adik beradik aku kat kampung. Ya Allah .. Kau lindungilah kami dari kejadian-kejadian seumpama ini. Amin !!!!

P/S : Agak-agak kan, kalau aku buat laporan polis di atas kegiatan-kegiatan seperti ini, apalah agaknya tindakan yang akan diambil yeee ..

Thinking Smiley


W'salam...

Adiosss...

2 comments:

Nafisa81 said...

teringat sorang kawan lama..sanggup belikan makanan untuk budak2 mintak sedekah ni...

reenapple said...

betul3... sellalu alami.. heee.. tapi yg tak boleh blah tu.. budak tu.. teerfikir.. diorang ni tak p sekolah ke??@_@

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu