Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 16, 2012

Cerita Sebuah DENDAM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Korang tau  tak pasal kes budak yang kena bakar dan sekarang ni tengah kritikal kat Hospital Sg. Buloh? Rasanya berita ni dari awal bulan ni atau akhir bulan lepas kot. Kalau korang nak tau, budak tu dok kat kawasan perumahan aku. Blok lain la.


Aku dapat tau pun setelah 2-3 hari kejadian berlaku. Tu pun sebab kawan aku yang lakinya adalah Bendahari Surau kat kawasan aku tu dok kabo ngan aku. Dari hari tu jugak kawan aku dah citer yang motifnya adalah DENDAM. Petikan Surat kabo kat bawah ni mengiyakan telahan kami itu. Sila baca sebentar ye.


[TERKINI] KUALA LUMPUR - Lima sahabat termasuk dua beradik dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini atas tuduhan cubaan membunuh seorang remaja dengan membakar, yang tubuhnya melecur 80 peratus, di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor akhir bulan lalu.


Mohd Nazrul Md Noor, 25, dan adiknya, Mohd Nazrin, 22, serta tiga rakan mereka, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 22; Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21 dan Mohamad Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.


Mereka didakwa cuba membunuh Muhammad Shahirudin Mohd Shauki, 20 dengan cara membakar mangsa menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat Mukim Sungai Tengi Gedangsa, jam 5.45 pagi, 26 Februari lalu.


Polis Selangor sebelum ini telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.


Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.  


Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Ridha memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh dengan alasan kecederaan mangsa yang serius.


"Mangsa tidak sedarkan diri sejak 26 Februari lalu (hari kejadian) dan kini beliau kritikal. Mangsa kini berada di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buloh," katanya.


Bagaimanapun semua mereka merayu dibenarkan ikat jamin malah seorang daripadanya nafi mengenali mangsa.


Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan laporan perubatan dan lantikan peguam.


Kesemua tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Buloh.




Tarikh Berita : 13 Mac 2012


Bahaya kan DENDAM ni. Asalnya cuma dari rasa tak puas hati yang mana ianya menjadi besar hasil simbahan hasutan Syaitan durjana. Hasilnya adalah rasa marah yang tak berpenghujung dan desemarakkan lagi oleh Sang Syaitan Laknatullah sehingga ianya direalisasikan dalam bentuk penganiayaan yang membawa derita yang tak berkesudahan.


Puas ke rasa bila DENDAM terbalas? Berapa lama rasa puas tu boleh menutupi rasa kekesalan yang akan dirasai jugak lambat laun nanti? Kalau ye pun lepas kat dunia, kat Akhirat nanti macamana? Mungkin orang yang kita dendami tu banyak dosanya pada kita. Tapi kalau dia sempat bertaubat, dia akan terselamat. Kita pulak macamana? Kalau tak sempat nak mintak ampun ngan Tuhan, kemana halatuju kita bila mati nanti?? Subhanallah ...


So kawan-kawan. Marilah kita belajar untuk memaafkan seadanya. Buang rasa amarah dalam diri kerana dari rasa itulah terbitnya DENDAM yang amat menyakitkan.


W'salam ..

Adioss ...

1 comment:

reenapple said...

betul3... dendam itu merosakkan.. =)

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu