Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 1, 2012

Kenapa Konsert Erykah Badu Dibatalkan ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Semalam, masa aku baca suratkabo Kosmo Online, aku ada ternampak satu tajuk berita yang tertulis (lebih kurang) "Konsert Erykah Badu dibatalkan". Aku tak terniat pun nak baca secara lanjut sebab aku tak kenal pun siapa dia orangnya.


So, hari ni, bila aku baca berita, ada lagi nama Erykah Badu ni. Nak tau dengan lebih lanjut, aku pun baca la jugak berita penuhnya. Kat sini aku kongsikanlah jugak dengan korang semua. Meh baca !


NAMA Erykah Badu mungkin kurang dikenali dan agak asing di kalangan peminat muzik tempatan generasi baharu, tetapi dia merupakan seorang penyanyi dari Amerika Syarikat yang cukup terkenal dengan irama funk, hip-hop dan soul.


Bagaimanapun, kini namanya tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara pembatalan konsertnya pada saat-saat akhir yang sepatutnya diadakan semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur setelah melanggar garis panduan Agensi Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).


Semuanya berpunca daripada penyiaran gambar penyanyi tersebut menerusi akhbar The Star yang menunjukkan bahagian dadanya tertera perkataan Allah yang dikatakan tatu dan telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.


Dalam satu sidang akhbar tergempar yang diadakan semalam, Erykah yang turut ditemani Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn. Bhd., Razman Razali selaku penganjur menyatakan dia cukup terkejut apabila konsertnya itu telah dibatalkan.


Kosmo!: Boleh jelaskan tentang perkataan Allah yang tertera di dada Erykah itu?

ERYKAH: Ingin saya jelaskan bahawa gambar yang telah disiarkan di sebuah akhbar Inggeris itu merupakan gambar yang diambil dalam satu sesi fotografi untuk pembikinan salah sebuah album saya dan tidak ingat bila gambar itu diambil. Namun, ia bukanlah tatu. Ia sekadar lukisan badan yang dibuat untuk sesi fotografi berkenaan. Kini perkataan tersebut sudah tidak ada lagi di dada saya (sambil menunjukkan sedikit bahagian dadanya kepada media).

Apakah tujuan Erykah berbuat demikian?


Sebenarnya, sewaktu sesi fotografi itu saya mendapat inspirasi daripada filem arahan Alejandro Jodorowsky berjudul The Holy Mountain. Dalam filem tersebut, ia membawakan mesej cinta dan kasih sayang terhadap semua manusia tanpa mengira agama.

Adakah Erykah tahu gambar sebegitu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini?


Sudah tentu saya tidak tahu kerana tidak menyangka fahaman agama di Amerika Syarikat berbeza dengan Malaysia. Kalau di negara asal saya, ukiran sebegitu hanya dilihat sebagai sebuah hasil seni yang tidak mendatangkan apa-apa implikasi.

Apakah perasaan Erykah setelah mendapat tahu konsert anda dibatalkan pada saat-saat akhir?

Saya sangat terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa kerana tujuan saya datang ke sini semata-mata mahu menghiburkan para peminat memandangkan ini kali pertama saya berada di Malaysia. Malah, saya gembira kerana majoriti rakyat di negara ini sangat mesra dan pihak penganjur juga melayan saya dengan baik.


Namun, saya sedih kerana impian mahu membuat persembahan akhirnya berkubur. Kalau boleh saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi akhbar Inggeris yang menyiarkan gambar saya itu seharusnya lebih peka agar sebarang kesilapan dapat dielakkan.


Berita lanjut leh baca kat SINI

Ok. Bila aku tengok penyebab konsert dia ni dibatalkan adalah perkara yang sedemikian, maka aku searchlah gambonya dan inilah yang aku jumpa

V
V
V
v
v
v


Secara peribadi, gambar ini benar-benar menyentuh sensitiviti Agama kita. Kita yang Islam ni pun tak layak untuk melukis atau menulis kalimah ALLAH pada tubuh badan kita, inikan lagi mereka-mereka ini yang berbuat sedemikian atas alasan SENI !!! HUH !!!!


Dalam perkara seperti ini, memang WAJIB kita bertegas. Ini soal maruah agama kita. Jangan disebabkan orang cakap kita "tak sporting", kita nak buat tak tau pasal isu-isu seperti ini. Bukan ke dalam Agama kita, yang salah tetap salah dan yang betul memang betul. Cuma ada DOSA dan PAHALA. HITAM dan PUTIH. Yang salah mestilah bertaubat dan yang betul wajar memberi tunjuk ajar ke jalan yang benar.


Semoga kita semua dilindungi ALLAH sentiasa dari agenda-agenda musuh Islam yang cuba 'masuk' dalam Agama kita dan cuba mengubahnya atas dasar DEMOKRASI dan KEMAJUAN ... Amin ...


W'salam ..

Adioss .

2 comments:

sahromnasrudin said...

keputusan yang bijak telah diambil oleh kerajaan yang memerintah

cik ika said...

ta kenal langsung..hehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu