Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 30, 2012

Entri Blur Hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Setiap bulan, bila tiba tarikh yang hujung-hujung je, hati mesti agak sedikit berbunga-bunga. Almaklum laa .. Gaji nak masyuk kan. Tapi, bila masuk je 2-3 hari pastu, segala bunga-bunga tadi sudah mula berguguran. Poket dah jadi kempis balik. Tangan mula mengira-ngira gaji yang akan datang pulak. Kitarannya sama saja setiap bulan. Hurrmmmmm ..

Sweating Smiley

Bakpela nak mengeluh kan. Untung ada jugak gaji yang boleh ditunggu. Macamana kalau dah memang tak cukup duit dari awal sampai hujung bulan? Hah! Masa tu baru terfikir yang hidup sekarang ni lagi mewah. Sekarang ni agak2 tahap paling semekin pun, makan lauk ikan bilis ka, sardin ka, ataupun telur gorang ngan kicap kan ... ? Cenggana kalau kena makan berlaukkan air putih buat kuah ngan garam sebagai perasa je?? Lagi sadis ... Heh ...

Apala aku merepek ni kan. Bukan apa. Aku menyampah kalau hati aku ni merintih dan mulut aku ni ayik nak komplen je kejenya. Tak tahu bersyukur betul !! HUh!! Kadang-kadang, leh la jugak aku suruh Iman ngan Akal nasihatkan. Tapi si Hati ngan si Mulut ni masih gak nak wat hal .. Theheeee ... (Merapu lagi)

P/S : Kepala tengah BLUR .. Entri pun ntah apa-apa je ... @.@

Onion Head Smiley


W'salam ..

Adioss .

Ucapan Untuk Yang Tersayang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Pada tanggal 30hb Mac 29 tahun yang lepas, telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Z. 25 tahun kemudian lelaki itu telah bertemu jodoh dengan seorang wanita yang sehingga kini telah hampir 4 tahun sah menjadi isterinya.

Hari ini merupakan salah satu hari yang paling istimewa yang akan muncul pada setiap tahun. Tiada barangan mewah yang mampu diberikan. Apa yang mampuku persembahkan untukmu wahai suamiku, hanyalah secebis hati yang ikhlas menyayangimu yang diharap dapat bersama selamanya hingga ke hujung nyawa hendaknya. Insyallah.


Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ...

 
" Semoga hidup Abg akan kekal bahagia dikelilingi oleh insan-insan yang Abg kasih dan sayangi.. dan semoga I termasuk dalam kalangan insan-insan yang penting dalam hidup Abg. Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah limbungan kasih dan rahmat Allah sentiasa hendaknya. Amin. "

W'salam ..


Adioss .

Thursday, March 29, 2012

Jawatan Tinggi VS Gaji Besar

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Seorang graduan Wanita (A) yang baru sahaja mendapat Ijazahnya telah memohon kerja di sebuah Syarikat Swasta dalam bidang IT. Berbekalkan Ijazah yang diperolehi dari salah sebuah IPTS itu, dia telah diterima bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM20 sen.

Setahun sebelum itu, seorang Wanita yang lain (B) telah memohon kerja di Syarikat yang sama berbekalkan dengan Diploma yang dimiliki dari salah satu IPTA dan 4 tahun pengalaman bekerja. Dia juga diterima bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM10 sen.

Si A telah bekerja selama 3 tahun dengan gaji terkini adalah meningkat sebanyak RM5 sen dari gaji asalnya dan si B pula telah bekerja selama 4 tahun dengan gaji kasar dalam jumlah tambahan yang sama. Mereka ditakdirkan bekerja dalam jabatan yang sama dan dengan agihan kerja harian yang sama.

Nak dijadikan cerita, berlaku rombakan dalam Jabatan mereka dan si B telah diamanahkan untuk mengetuai Jabatan tersebut. Mengapa si B terpilih, tak pula dinyatakan dengan jelas. Mungkin pada pandangan Orang Atasan, dia mempunyai mutu kerja yang selayaknya untuk menyandang jawatan tersebut. Mungkin.

Persoalannya, walaupun Jawatan sudah berubah dan bebanan kerja sudah bertambah, dari segi gaji, si A masih mempunyai gaji lebih daripada Si B. Pada pendapat kawan-kawan semua, wajarkah perkara tersebut berlaku? Tolong bagi pandangan sikit supaya si B dapat menggalas tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan hati yang lebih tenang, ikhlas dan redha.

Kata Aku : Segala maklumat-maklumat penting telah diolah mengikut kesesuaian.

P/S : Kejadian memang ada kena mengena dengan yang hidup tapi tak ada kena mengena pun dengan yang telah meninggal dunia .. thehehee ..

W'salam ..

Adioss .

Wednesday, March 28, 2012

Hidup Memang Sentiasa Ada Yang Berubah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Satu perubahan akan berlaku. Waaahhh .. Suspen jek. Sekarang ni hari-hari rasa sungguh kurang best. Macam-macam dalam kepala otak aku sekarang ni. Bingung ada, pening ada, konpius ada .. Macam-macam la yang ada. Takutnya rasa nak menghadapi perubahan tu .. @_@



Aku tahu yang sesuatu perubahan tu perlu ada dalam hidup kita ni. Namapun "Life is a journey' kaaaann .. So, changes is bound to happen along the way. Hmmmm ... Redah je laa ..

Kalau ada yang terbaca entri aku ni mesti terpikir-pikir apakah perubahan itu? (Sigh) Bukan aku takmo nak kongsikan dengan korang, cuma aku rasa menda ni terlalu personal untuk di'public'kan. Aku tau, ramai yang tak puas ati dengan jawapan tu dengan mengatakan "kalau takleh kongsi, takyah la nak citer" betul tak?

Well .. Aku cuma nak berkongsi PERASAAN aku sekarang ni, bukannya KEJADIANnya. So, harap bersabar je la dengan cerita aku ni ye.

Tengok la dulu macamana impak perubahan ni dalam hidup aku lepas ni. Kalau ianya membawa perubahan yang membebankan aku, makanya, terpaksalah aku say GOODBYE !! Kalau ianya memberi kesan yang positif, makanya dengan rasa girang akan aku laungkan ' SELAMAT DATANG PERUBAHAN!!! ' .. Thehehehee 



"We must be willing to let go of the life we have planned, so as to accept the life that is waiting for us." - Joseph Campbell. SUMBER : SINI

W'salam ..

Adioss .

The Art Of Learning From Mistake

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Aku ada satu cerita yang nak dikongsikan bersama ngan korang semua. Sumber cerita adalah dari SINI . Cerita asal adalah berbahasa Inggeris. Aku telah cuba sebaiknya untuk mengalih bahasa supaya apa yang tersirat mampu kita selami bersama. Selama membaca !!

Cerita ini mengisahkan seorang Ahli Saintis Penyelidikan yang sangat terkenal dan telah banyak menempa kejayaan dalam bidang penyelidikan. Dia telah ditemubual oleh seorang wartawan suratkhabar yang telah bertanyakan kepadanya, bagaimana dia boleh anggap dirinya lebih kreastif berbanding kebanyakan orang lain. Apa yang membuatkan dia lain dari yang lain?

Dia menjawab yang mana pada pendapat dia, semuanya adalah berpunca dari pengalaman yang pernah dilaluinya bersama dengan ibunya sewaktu dia berusia lebih kurang 2 tahun. Pada ketika itu, dia telah mencuba untuk mengeluarkan botol susu dari dalam peti sejuk dan tanpa disengajakan, botol susu itu telah tergelincir dari pegangannya dan terjatuh dan semua isi kandungan susu telah tertumpah di atas lantai.

Apabila ibunya datang untuk melihat apa yang terjadi di dapur, tanpa memarahinya atau meleterinya ataupun menghukumnya, Ibunya telah berkata " Robert, sungguh cantik dan hebat tumpahan susu yang telah kamu buat ini. Ibu tak pernah melihat tumpahan sebesar ini. Takpa. Kerosakan telahpun berlaku. Maukah kamu turun dan bermain dengan tumpahan susu ini untuk beberapa minit sebelum kita bersihkannya?"

Tanpa berlengah dia terus bermain dengan tumpahan susu itu tadi. Selang beberapa minit, Ibunya bersuara " Robert, taukah kamu, apabila kamu membuat kotor begini, lambat laun kamu akan terpaksa membersihkan dan mengemasnya semula. Jadi, macamana agaknya kamu nak bersihkan semua kotoran ini? Kita boleh gunakan span, tuala, ataupun mop. Mana satu yang kamu pilih? " Dia telah memilih span dan mereka telah membersihkan tumpahan susu itu tadi bersama-sama.

Ibunya kemudian berkata, " Kamu tau, apa yang kita dapat dari kejadian hari ini adalah kegagalan daripada ujian untuk menngangkat sebuah botol yang besar dengan dua pasang tangan yang kecil. Mari kita pergi kebelakang laman dan isi air dalam botol dan kita lihat kalau kamu dapat cari cara yang paling sesuai untuk mengangkatnya tanpa menumpahkannya". 

Si budak kecil itu tadi telah mempelajari jika dia memegang botol air itu di bahagian atas behampiran dengan penutupnya dengan kedua belah tangan, dia akan dapat mengangkat botol tersebut tanpa menumpahkannya. Suatu pengajaran yang sangat-sangat bagus untuknya !

Ahli Sains yang terkenal itu memberitahu bahawa kejadian itu tadi telah menandakan saat dimana dia tahu yang dia tak perlu takut untuk melakukan kesilapan. Sebaliknya, dia belajar yang kesilapan merupakan peluang untuk kita mempelajari sesuatu benda yang baru dimana ianya merupakan segala-galanya yang diwakili dalam eksperimen saintifik. Walaupun sesuatu eksperimen itu tidak berjaya, kita biasanya akan belajar sesuatu yang berguna daripadanya.

Ok. Habis. Amacam? Agak-agak paham tak cerita yang aku nak sampaikan ni? Mudah2han adalah yang paham ye . Hehehe .. Pengajaran dari cerita ini pada pandangan aku adalah :

Jangan takut bila sudah melakukan kesilapan tapi jangan juga lupa untuk belajar dari kesilapan agar ianya bermanfaat untuk kehidupan kita dimasa akan datang.

W'salam ..

Adioss .

Tuesday, March 27, 2012

Laparnyeeee ... @_@

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sekarang ni, i have a craving for these food so badly ....





Opsss ... Jangan salah sangka .. Ni bukan craving sebab pregnancy ok (eventhough that what i really wish for) Ahakss ..

P/S : Tetiba je tercakap omputih .. Ngeee

W'salam...

Adiosss...

Friday, March 23, 2012

Pot Pet Pagi Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Dah masuk beberapa hari rasanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don tak keudara secara langsung. Terfikir la jugak kenapa. Pastu ternampak plak kabar ini dari FB.



Patutla. Semoga Ustaz Don cepat sembuh dan dapat bersiaran secara langsung seperti biasa. Amin.


Malam Jumaat aku layan tengok Ehwal Islam. Sekarang ni, aku pikir, oleh kerana aku memang jarang ke Surau dan Masjid untuk dengar ceramah, dengan menonton siaran berciri keIslaman ni, aku berharap ianya dapat memberi sedikit 'makanan' untuk jiwa kerohanianku. Insyallah.


Malam tadi Ehwal Islam membicarakan tentang rasuah dan fungsi SPRM dalam menangani rasuah. Aku terlupa sapa tetamu jemputannya. Ok la. Ada menda-menda lawak yang terkeluar dalam perbincangan diaorang. Sedar tak sedar, dah pukul 10. Tamat sudah. Hehehe.


Tu jela citer aku pagi ni. Kepala tengah blur. Nak siapkan 2-3 report sebab ada meeting pukul 2 petang ni. Hmmmphhh ... Tetiba rasa senak perut dan serabut pala otak ... Waaarrrggghhhhhh ....


W'salam...

Adiosss...

Thursday, March 22, 2012

Life Is ...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Life is a journey. So, to experience the journey, you have to start the journey. To experience life is much more harder than just talking about it. We can talk the life that we want but can we live the life just like the one that we talk about? Confusing right? Heh.


Life is like a puzzle. You have to assemble it right in order to see the correct result. But then, nobody get it right in the first place right? You just have to keep on trying because each failure gave you a different kind of lesson. Learn from it and you will succeed.


Life is not perfect. So, don't even bother to make it perfect. Just fill it with joy & happiness. Take a risk. You just don't know, what is there in store for you. Feel the pain. Just don't do anything stupid like jumping from 20th storey building. That kind of pain can kill you and makes your love one suffer. And at the end of the day, don't forget to thank God with every single things that He gave you.


Life is what you want it to be. You can laugh while God is testing you or you can just cursing and blaming others for anything that you fail to achieve in life. Its your choice. To be happy or miserable. Its always be a choice. So, choose wisely.

W'salam ..

Adioss .

Jangan Lokek Untuk BERDOA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Aku suka menulis. Tak kisahla apa cerita pun. Bagi aku, bila aku stress sangat-sangat, selain dari menangis, menulis merupakan terapi yang terbaik untuk aku. Mungkin cerita yang aku tulis tu kebanyakkannya berbentuk syok sendiri atau ntanapaapa, tapi aku tetap enjoy .. Thehehe ...

Aku suka bila orang baca apa yang aku tulis. Mungkin ada yang tak paham dengan isi kandungan tulisan aku tu. Tapi, aku rasa, itulah salah satu fungsi butang 'comment' tu. Tanya bila tak paham. Tapi, kalau memang takmo nak paham, okla. Takyah la nak tanya. Heh.

Ini adalah entri aku yang memang takde apa-apa motif pun. Just nak membebel pepagi ni. Oh ya. Aku baru realize satu benda la. Selama ni, kalau tengok kelebihan orang lain, aku akan pikir "Takpela. Dah itu bahagian dia". Tapi, recently, aku pikir lain. Terutamanya bila melibatkan pasal sesuatu yang boleh diusahakan. Paham?

Ok. Contohnya, aku nampak ada orang tu pakai semua menda-menda branded. Biasanya aku akan pikir, "Takpela. Diaorang mampu. Aku ni mana mampu nak pakai menda-menda camtuh". TETAPI, laa ni, aku takmo pikir camtuh. Sebabnya, aku mula sedar yang setiap apa yang kita fikir dan katakan merupakan satu DOA.So, aku tukar ayat aku tu menjadi "Kalau aku nak menda tu, aku pun boleh dapat. Sekarang ni aku takmo je".

Ada orang kata, kalau kita sebut sesuatu menda tu cukup 40kali, ianya akan jadi kenyataan. Hmmm .. Aku tak percaya pun. Tapi, aku rasa, sebenarnya, kata-kata ini bermaksud, kalau kita nakkan sesuatu benda tu, kalau kita betul-betul berdoa untuknya, Insyallah .. Ianya akan menjadi kenyataan.Tapi, janganlah lupa untuk berusaha jugak yee .. !!

Okla. Takmo tulis lagi. Nanti korang boring. Cukup dululah ye.

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! - surah Al-Mukmin ayat 60
Sumber : SINI

W'salam ..

Adioss .

Wednesday, March 21, 2012

Indahnya ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Indahkan Islam kita ini ...
Tatkala kita punya rasa rawan dalam hati,
Ianya pasti akan rasa tenang kembali,
Setelah pada Allah kita mengadu dan berserah diri.


Indahkan Islam kita ini ...
Tatkala kita melakukan kesilapan tak henti,
Pintu taubat Allah terbuka luas menanti,
Asalkan kita sentiasa ingat untuk bermuhasabah diri.


Indahkan Islam kita ini ..
Tanpa mengira bangsa Allah memberi rezeki,
Masing-masing ada bahagian sendiri,
Asalkan tekun berusaha dan bebas dari rasa hasad dan iri hati. 

Islam itu indah dan sempurna. Tak semua dapat peluang untuk terus dilahirkan sebagai Islam. Ada yang terpaksa menunggu hingga ke akhir hayat untuk mendapat Hidayah. Jadi, marilah kita sama-sama kita memanfaatkan pemberian Allah yang satu ini iaitu agama kita, agama ISLAM. Wallahualam

Aku takmau jadi kacang lupakan kulit. Bila masa sedih saja ingatkan Tuhan. Bila tengah gembira dan bahagia, amalan entah kemana, taubat entah kemana. Nauzubillah !

P/S : Aku tak sempurna. Andai tersilap kata, mohon maaf dipinta. Niat dihati hanya untuk memperbaiki dan menegur diri sendiri. Mengingatkan diri supaya tak terus lalai dan alpa dengan hal keduniaan semata.

W'salam ..

Adioss .

Gud Luck Arin !!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari ni keputusan SPM keluar kan? Adik bongsu aku mesti tengah berdebar-debar kat kampung tuh. Thehehe. Apapun, entri aku ni just nak wish kat dia :


Aku pasti bagi ramai mereka-mereka diluar sana yang nak amik SPM tu, kalau agak-agak dapat keputusan yang tak berapa nak best, mesti akan rasa kecewa la, frust menonggeng la, dan segala macam rasa yang tak best la yang akan dirasa. Tapi, tahukah anda yang SPM bukanlah penamat untuk segala-galanya? Sedar tak sedar, ia hanyalah sekadar permulaan. Permulaan untuk sesuatu yang lebih penting.

Kalau agak-agak keputusan memang tak cemerlang, cuba apply form 6. Berkat kesabaran, Insyallah akan berjaya. Ala .. Albert Einstein mula-mula dulu pun bukannya bijak mana pun. Kalau nak bijak, Imam Syafie lagi bijak .. Umur 9 tahun dah leh hafal Al-Quran. Tapi, kita tau yang kita memang bukan dari kalangan mereka-mereka yang terpilih untuk dianugerahkan dengan kebijaksanaan begitu kan. So, usaha la selagi boleh. Allah takkan mensia-siakan makhluknya yang berusaha.

Kesimpulannya, pada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, jangan terlalu bangga diri, kerana belum tentu anda akan berjaya dalam hidup. Pada mereka yang gagal, jangan pernah berhanti untuk berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

P/S : Hidup tanpa dugaan umpama makan tanpa garam dan gula. Tawar dan tak menyelerakan. ^^

W'salam ..

Adioss .

Tuesday, March 20, 2012

Culik Menculik Dah Menjadi Perkara Biasa ... Ke ??

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Bukak-bukak suratkabo, lagi-lagi cerita pasal budak kena culik. Yang ni nak kata budak pun bukanlah kot. Yelah. Umurnya pun dah 15 tahun kalau tak silap aku. Maknanya, dah remaja la kan. Lebih mengejutkan bilamana remaja ni diculik tak jauh dari rumahnya dan dia ditemani oleh 2 orang adiknya masa kejadian pada pukul 12 tengahari ni berlaku. Hmmmmphhh ...

Bila dengar je pasal berita ni kat Radio Hot FM tadi, benda pertama aku pikir, takde orang lain ke yang nampak kejadian ni? Taktaula pulak kalau jalan yang bebudak ni amik memang takde orang lalu lalang. Tetiba teringat adik-adik aku kat Kampung. Hissshhh !! Nauzibillah !!! Mintak jauhkan lah dari kami sekeluarga menda-menda gini.

Tak terbayang rasanya kan apa agaknya perasaan mereka-mereka yang melalui detik-detik cemas ni. Kalau setakat culik, mintak duit tebusan dan dipaksa berlapar je takpa. Tapi, kalau sampai kena 'usik' sampai mengganggu emosi luaran dan dalaman tu pe cerita pulak? Ishkk ..

Sebab tu la aku rasa, mangsa-mangsa culik ni tadi, kalau terselamat, mereka sepatutnya diberikan rawatan psikologi bagi membantu mereka menghadapi hari-hari mendatang dengan lebih ceria dan bermakna. Ini juga untuk mengelakkan mereka ni mengalami tekanan jiwa yang melampau sampai memudaratkan diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Gerun kan dengan 'kegilaan' yang melanda pada umat akhir zaman ni.. Dengan isu peperangan yang tak berkesudahan, isu GAY yang mankin berleluasa, isu culik dan bakar .. Astaghfirullahala'zhim .. Adakah kita kini dah dekat betul dengan KIAMAT?

Scream Smiley

P/S : Perlu ada lebih kesedaran dalam tanggungjawab sosial .. ~.~
 
W'salam ..

Adioss .

Monday, March 19, 2012

Lagu Cinta Aku

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Korang ada tak lagu cinta bersama pasangan masing-masing? Aku ada. Cam gedik je kan. Ahaks. Takdelah. Aku nak kongsikan lagu masa aku dan laki aku masa belum kawin dulu. Dulu bila dengan lagu ni, boleh meleleh airmata tau. Dasar jiwang betollah kan ... Huhuhuhu .. Okla. Takmo buang masa. Meh layan lagu ni jap. Enjoy !!



As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies

You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know, you’ll never be alone

My baby
You are the reason I could fly
And because of you
I don’t have to wonder why

Baby, you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive

Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do

How do I explain that smile?
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

My baby
You are the reason I could fly
And ’cause of you
I don’t have to wonder why

Baby, you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive

I will soothe you if you fall
I’ll be right there if you call
You’re my greatest love of all

You are the reason I could fly
And ’cause of you
I don’t have to wonder why

My baby, you
There’s no more just getting by
‘Cause you’re the reason I feel so alive
Arianna I feel so alive




P/S : Wahai Suamiku, you are truely the reason I could fly & feel so alive.  My will always be yours ... Insyallah ... ^^

W'salam...

Adiosss...

Tentang Hari Isnin, Bercuti dan RM700

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

ISNIN.

Hari pertama bekerja dalam setiap minggu. Macamana hari kalian? Adakah penuh dengan kestressan yang melampau ataupun agak relax?

Aku. Oke-Oke je. Blom stress lagi dan takde la relax sangat. Tapi, boleh la gelak-gelak lagi. Takde la berkerut sangat dahi aku nih. Hehehe. Tapi, dalam kepala otak ni asyik pikir nak gi Holiday je. Nak lapangkan skit pikiran dan nak ilangkan skit stress yang melanda.

Ingat nak bawak mak ngan bapak aku skali. Mungkin ngan adik-adik aku jugak. Tapi, nak cari tempat, timing dan pengangkutan yang sesuai tu yang agak pening skit. Yela. Nak gi hari-hari biasa pun agak susah sebab adik aku yang Cikgu tu nak join pun kenalah masa cuti skolah. Time-time tu, rate untuk semua menda mestilah very da kavavo kaaannn .. Hmmm ...

Sambil-sambil pikir nak bercuti kat mana, sambil berBW kat blog seorang sahabat. Terbaca artikel mengenai isu pihak Indonesia untuk menetapkan gaji minimum untuk amahnya, RM700 sebulan untuk SATU kerja khusus yang dilakukan.

Dari kerajaan bagi kat Amah Indonesia, baiklah dia amik orang kita je buat kerja tu. Lumayan tu. Makan dan tempat tinggal semua tanggung, hujung bukan RM700 bulat-bulat masuk poket. Aku pun nak apply gak la macam tu. 3 kerja dan dapat RM2100. Boleh kumpul duit banyak skit nak g bercuti .. Thehehehe ...

Petting Smiley

W'salam ..

Adioss .

Sunday, March 18, 2012

Tentang Rasa


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya




W'salam...

Adiosss...

Saturday, March 17, 2012

Tak Rasa Ke Diri Kau Beruntung ?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tak rasa ke diri kau beruntung ..
Bila ada orang yang masih tak bekerja walaupun dah bertahun-tahun berusaha,
Sedangkan kau sudah bekerja ditempat yang sama bertahun-tahun lamanya,
Walaupun tak sekali merasa bonus.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila masih ada lagi mereka yang masih belum bertemu jodoh,
Sedangkan engkau sudah bertahun-tahun hidup bersama si Dia yang kau cinta.
Walaupun belum dikurniakan cahayamata.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada lagi orang yang pergi kerja berhujan berpanas terpaksa mengayuh basikal/berjalan kaki,
Sedangkan engkau senang lenang duduk didalam kereta sejuk beraircond.
Walaupun setiap bulan pening memikirkan tentang duit yang perlu dibayar.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada lagi orang yang makan hanya berlaukkan telur dan kicap,
Sedangkan engkau sekali dalam sebulan dapat merasa nikmatnya makan KFC dan McDonald.
Walaupun hanya itu saja makanan mewah yang kau mampu nak merasa.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada orang yang tidur berlantaikan tikar mengkuang beratapkan atap rumbia,
Sedangkan engkau selesa dibuai mimpi diatas tilam empuk,
Walau pun hanya di rumah flat kos rendah.

Tak rasa ke diri kau beruntung,
Bila ada orang yang dah mati berharap diberikan peluang kedua oleh Allah,
Sedangkan engkau masih bernafas dimuka bumi Allah,
Masih berpeluang beriman, beramal, bertaubat dan bertakwa kepada Allah selagi termampu.

P/S : Ini sekadar peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa bersyukur seadanya ^^

W'salam ..

Adioss .

Friday, March 16, 2012

Pot Pet Pasal Tepek Gambo kat FB/Twitter & Yang Seangkatan Dengannya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tahu tak napa aku tak suka tepek gambo sendiri dalam profile FB atau Blogger? Meh aku bagitau (walaupun aku tau takde orang kisah pun .. huhuhu). Satu-satunya sebab adalah kerana aku takmo nanti gambar aku itu mendatangkan dosa kat aku dikemudian hari.

Even dalam FB aku pun, aku dah takde upload apa-apa gambar terbaru pun. Semua yang ada adalah gambo-gambo lama. Bukan nak tunjuk yang aku ni BAIK SANGAT. Tetapi, setelah mendengar salah satu petikan soal jawab Ustaz Azhar Idrus kat YouTube, tetiba aku terpikir menda nih.

UAI cakap (lebih kurang gini la maksudnya)

"kalau nak letak gambo kat FB ke Twitter ke, apa ke, boleh. Tapi biarla gambo jauh. Yang nampak tak jelas sangat tuh. Jangan bagi nampak semua. Bukan apa, kalau gambo besar-besar kita tepek, macam-macam benda tak molek boleh jadi ... ".

Tapi apapun. Itu masing-masing punya hak. Aku cuma suarakan pendapat dan fikiran aku saja. Takde la nak paksa sapa-sapa untuk ikut.

Onion Head Smiley

Kata Aku : Yang baik semuanya dari Allah, yang tak berapa nak baik adalah dari aku yang andai tersilap bahasa mohon tunjuk ajar seadanya ....

W'salam ..

Adioss .

 

Limitless : Kerana Sebiji Pil

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Hari tu aku ada tertengok citer "Limitless" kat siaran Astro 413 (FMP). Bagi mereka-mereka yang tak berapa suka dengan citer-citer bergenre ala-ala slow, memang tak berapa sesuai la nak menontonnya. Lagipun citer ni memerlukan daya pemikiran diluar batas-batas imaginasi. Aku pun bukan suka sangatnyepun ... Dah tertengok. So, layankan je la.


Citer ni mengisahkan seorang pemuda bernama Eddie Morra (lakonan Bradley Cooper) yang hidupnya sangat-sangat tak organize. Dia mendakwa dirinya sebagai Penulis. Tapi, dia sering mengalami masalah kekeringan idea. Dek kerana dia takde pendapatan tetap, GF yang selama ini boleh terima dan bersabar dengannya akhirnya tinggalkan dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu, lepas je ditinggalkan GF dia, otw balik rumah dia,  dia terserempak dengan bekas adik ipar dia yang dah bertahun-tahun dia tak jumpa. Sembang punya sembang, borak punya borak. akhirnya, ex adik ipar dia ni kluarkan satu pil ajaib. Kecik je saiznya. Lutsinar. Pil itu diberi nama NZT.

Dia kata pil tu bakal mengubah hidup sesiapa saja yang memakannya. Jika sebelum ini hanya 20% sahaja bahagian otak kita yang mampu berfungsi dengan bagus, dengan pil itu, otak kita akan berfungsi 100%.. Walaupun ianya belum dipasarkan, ianya dah ada kelulusan FDA. Itu katanya la.

Mula-mula si Eddie ni tadi tak caya. Yela. Dulu ex adik ipar dia ni pengedar dadah. Okla. Fine. Sebelum blah, si ex adik ipar dia ni tinggalkan pil ngan name card dia kat Eddie tuh. Dia pesan, in case Eddie percaya dan nak beli pil tuh, leh la cari dia. 1 pil 800 US Dollar. Tapi dia bagi Eddie free je sebagai percubaan.

Diringkaskan citer, finally atas sebab-sebab tertentu, Eddie telah menelan pil itu. Dan hasilnya memang menakjubkan. Tiba-tiba pandangannya jadi jelas sejelas-jelasnya. Otaknya mula berfungsi sepenuhnya. Dia mula menginggati semula segala jenis buku dan fakta yang pernah dibaca dan diketahuinya. Segala jenis bahasa dia mampu pelajari walaupun dengan hanya mendengar selama 1-2 jam sahaja.

Segala jenis masalah algoritma dan kira-kira dia dapat lihat jalan penyelesaiannya dan dapat selesaikan dengan pantas. Buku yang dah berbulan-bulan tak dapat disiapkan, dapat dia siapkan dalam masa 2 hari.

Tetapi .. Kesan pil itu hilang pada keesokkan harinya. Maknanya, pil tu cuma boleh bertahan sehari sahaja. 1 pil sehari. 1 pil 800 US Dollar. Sebulan? Setahun? Huisshhhh ... Beratus ribu US Dollar tuuuhhh ...

Nak tau kisah selanjutnya? Silalah downloadkan je dari tenet ye. Kalau ada Astro, leh la tengok kat Channel 413. Hehehheee .. Lagi sekali aku bagitau, bagi mereka yang tak suka jalan penceritaan yang perlu berfikir, ini bukanlah cerita yang sesuai untuk anda sebab anda akan mengalami kebosanan dan kemengantukkan yang melampau .. Tapi kalau korang leh layan citer sci-fi cam The Matrix tu, maknanya citer ni pun boleh la jugak ... Thehehehee ... Apapun, pada yang nak tengok tu, Enjoy !!!! ^^

Kata Aku : Citer memang la macam slow, tapi aku tengok citer ni, sampai pukul 0200 pagi tuh ! Nak g keje masuk kol 0730 pagi, kol 0700 baru aku terjaga, Aduyainyeeepunnn ..

W'salam ..

Adioss .

Cerita Sebuah DENDAM

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Korang tau  tak pasal kes budak yang kena bakar dan sekarang ni tengah kritikal kat Hospital Sg. Buloh? Rasanya berita ni dari awal bulan ni atau akhir bulan lepas kot. Kalau korang nak tau, budak tu dok kat kawasan perumahan aku. Blok lain la.


Aku dapat tau pun setelah 2-3 hari kejadian berlaku. Tu pun sebab kawan aku yang lakinya adalah Bendahari Surau kat kawasan aku tu dok kabo ngan aku. Dari hari tu jugak kawan aku dah citer yang motifnya adalah DENDAM. Petikan Surat kabo kat bawah ni mengiyakan telahan kami itu. Sila baca sebentar ye.


[TERKINI] KUALA LUMPUR - Lima sahabat termasuk dua beradik dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini atas tuduhan cubaan membunuh seorang remaja dengan membakar, yang tubuhnya melecur 80 peratus, di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor akhir bulan lalu.


Mohd Nazrul Md Noor, 25, dan adiknya, Mohd Nazrin, 22, serta tiga rakan mereka, Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 22; Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21 dan Mohamad Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.


Mereka didakwa cuba membunuh Muhammad Shahirudin Mohd Shauki, 20 dengan cara membakar mangsa menggunakan minyak petrol di Jalan Kampung Sepakat Mukim Sungai Tengi Gedangsa, jam 5.45 pagi, 26 Februari lalu.


Polis Selangor sebelum ini telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.


Kesemua mereka didapati mengenali satu sama lain dan motif mereka membakar Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 19, dari Kota Damansara disyaki akibat dendam.  


Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Ridha memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh dengan alasan kecederaan mangsa yang serius.


"Mangsa tidak sedarkan diri sejak 26 Februari lalu (hari kejadian) dan kini beliau kritikal. Mangsa kini berada di unit rawatan rapi Hospital Sungai Buloh," katanya.


Bagaimanapun semua mereka merayu dibenarkan ikat jamin malah seorang daripadanya nafi mengenali mangsa.


Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan laporan perubatan dan lantikan peguam.


Kesemua tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Buloh.




Tarikh Berita : 13 Mac 2012


Bahaya kan DENDAM ni. Asalnya cuma dari rasa tak puas hati yang mana ianya menjadi besar hasil simbahan hasutan Syaitan durjana. Hasilnya adalah rasa marah yang tak berpenghujung dan desemarakkan lagi oleh Sang Syaitan Laknatullah sehingga ianya direalisasikan dalam bentuk penganiayaan yang membawa derita yang tak berkesudahan.


Puas ke rasa bila DENDAM terbalas? Berapa lama rasa puas tu boleh menutupi rasa kekesalan yang akan dirasai jugak lambat laun nanti? Kalau ye pun lepas kat dunia, kat Akhirat nanti macamana? Mungkin orang yang kita dendami tu banyak dosanya pada kita. Tapi kalau dia sempat bertaubat, dia akan terselamat. Kita pulak macamana? Kalau tak sempat nak mintak ampun ngan Tuhan, kemana halatuju kita bila mati nanti?? Subhanallah ...


So kawan-kawan. Marilah kita belajar untuk memaafkan seadanya. Buang rasa amarah dalam diri kerana dari rasa itulah terbitnya DENDAM yang amat menyakitkan.


W'salam ..

Adioss ...

Thursday, March 15, 2012

Pot Pet Pasal Drama TV

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Drama Vanilla Coklat dah pun tamat (aparaaa .. dh berhari-hari baru nak sebut .. thehheee). Sib baik la epi ending. Walaupun dalam kehidupan sebenar, bila ada konflik tak semudah itu untuk dileraikan, tapi kalau dalam drama, memang orang lebih suka kalau jalan ceritanya tak meleret-leret sangat macam cerita sinetron Indon tuh. Hehehee ...


Aku pernah dengar citer, kat India nun, kalau ending dalam sesebuah filem tu Hero tak dapat bersama ngan Heroin, samada filem tu takkan dapat sambutan langsung ataupun pawagam diaorang kena bako .. Huiissshhh .. Dasat betul deme ni ek. Tatutnyaa ... Ngeeee


Sekarang ni, Drama apa lagi yang best ek? Pelangi Kasih? Aku tak berapa berkenan la plak ngan Heroinnyaa ... BFF? Tak suka watak Sari Yanti dalam tuh .. Atas Nama Cinta? Tak minat semua pelakon-pelakonnya ... Hmmm .. Pendek kata, semua Drama yang ada sekarang ni aku tak berapa berkenan nak memfollownya. So, takyah tengok. Senang citer. Ahaksss.


Hujung minggu ni rumah aku akan sedikit padat dengan tetamu. Alhamdulillah. Setiap tetamu yang datang tu kan pembawa rezeki untuk Tuan Rumah. So, kalau tiap-tiap minggu ada tetamu pun takpe. Aku suka. Thehehehe ...


Tapikan .. Hari Sabtu ni aku ada kelas la pulak. Kelas yang diwajibkan oleh kompeni aku untuk dihadiri bagi mencukupkan bilangan credit hour yang jumlah wajibnya dalam setahun kena ada sekurang-kurangnya 30jam. Isssshhhh .. Dah macam keja gomen daaaa ... Huhuhuhu ..


Takpela. Orang nak bagi ilmu free kan? Takkan la nak tolak. Siap bagi makan lagi. So, nampaknya, agenda mengemas rumah terpaksa aku tunda ke hari Ahad leee. Hmmm ...

W'salam ..

Adioss .

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu