Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 3, 2011

Indahnya RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni baru masuk Ramadhan ketiga, tapi rata2 dah mula sibuk shopping baju raya, kasut raya dan juga kuih raya. Almaklum la kan .. Ramadhan di bulan Sales sana sini ni memang mencabar iman dan jugak poket .. Hehehe .. Dalam sibuk2 berbelanja tu, jangan la sampai takde duit raya plak nanti yee .. ekekeke ...


Di bulan puasa ni, aku cuba kurangkan nak membebel. Satu hari satu atau paling banyak pun, 3 entri untuk satu blog. Boleh gitu? Bukan apa, selain dari menahan dahaga dan lapar, kita juga kena menahan diri dari mengatakan benda2 yang bakal menyebabkan dacing pahala kita menjadi ringan dan mula memberat dibahagian dosa pulak. Huhuhu ...


Bila kita bercakap, ianya takkan dapat diulang tayang atau dibaca berkali2. Bukan macam apa yang kita tulis. Selagi kita tak delete, selagi tu la setiap hasil tulisan kita tu boleh dibaca oleh orang lain. Yela, kalau entri pun dah lebih 100, mana mungkin kita mampu ingat apa yang telah kita tulis kan ... Ini baru blog, belum lagi apa yang dah kita tulis dalam Facebook tu. Jangan tak tau, zaman era FB ni, kerana sebutir perkataan pun, suami isteri boleh bergaduh, bermasam muka dan akhirnya boleh bercerai ! Nauzubillah !!!!


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“


Di dalam bulan mulia penuh kerahmatan ini, marilah kita sama2 melakukan yang terbaik untuk meningkatkan amalan kita ye kawan2 .. Aku pun bukanlah baik sangat .. Sembahyang Terawih pun tak penuh ... Tapi, di bulan Ramadhan inilah masanya untuk kita sama2 berlumba mencari keampunan dan keredhaan dari Allah.


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Kita perlu ingat, walaupun syaitan2 telah dirantai, ada satu benda yang perlu kita perangi setiap hari iaitu NAFSU. Kerana nafsu inilah ada diantara kita yang masih tegar melakukan kemungkaran. Aku juga tidak terlepas dari godaan nafsu kerana aku juga hanya manusia biasa. Semoga di bulan Ramadhan ini dapat aku melakukan seberapa banyak amal untuk seboleh2 menebus dosa2 yang pernah aku lakukan walau sebesar zarah sekalipun .. Insyallah ... Amin ..


W'salam

Adiosss...


6 comments:

deeya said...

amiiin ... insyaAllah kak . sama2 lah kita mengejar & berlumba2 mendapatkan manfaatnya bulan Ramadhan =)

wah ! kemaen rajin update blog kakak nie taw . huhu ~ update kn blog dya . hahakz !

Ayuni said...

thnx bg hadis....nk kumpul....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

syaitan mmg dah dirantai tetapi dia dah tinggalkan wasiat kat waris dia suruh teruskan kerja mcm biasa huhuhuhhhh

AdiaLuze said...

Deeya : Amin,amin,amin .. Rajin update sbb tak de masa nak BW hehehe..

AdiaLuze said...

Ayuni : Bgsnye .. Rajin kumpul hadis yee .. Teruskan usaha murni anda ! ^^

AdiaLuze said...

sahromnasrudin : Siapakah warisnye itu ? ^__*

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu