Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Usaha + Doa = Insyallah ... BERJAYA !! ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

JUMAAT yang sering aku tunggu setiap minggu akhirnya tiba juga. Minggu ni cuti agak lama kerana Isnin pun cuti dek kerana sambutan Hari Krismas. Untungkan kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa nih.

Hari ni, terbaca dalam Suratkabo METRO Online tentang budak perempuan berusia 13 tahun telah terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 12 tahun sehingga melahirkan anak. ASTAGHFIRULLAHALA'ZHIM .


Bukan nak kata aku ni BAIK sangat, tapi, agak-agak la kaann .. Baru 12-13 tahun tuh. Aku dulu masa umur cenggini, masih lagu kemaruk main 'pondok-pondok' ngan main anak patung kertas tukar-tukar baju tuh.

Ini ke KEMAJUAN yang kita nak lihat pada generasi kita sekarang? Subhanallah !!! Ya ALLAH, kau peliharilah jiwa kami yang ALLAH. Janganlah ENGKAU jauhkan kasih sayangMU dari kami ya ALLAH .. !!

Malam tadi aku tengok rancangan Semanis Kurma yang membawa tajuk "Bahagiakah Tanpa Zuriat". Terngiang-ngiang kat telinga aku antara kata-kata tetamu undangannya malam tadi iaitu Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang Al-Idrus.




Katanya (lebih kurang cenggini la bunyinya) , ".. mungkin Tuhan tak kurniakan kita zuriat lagi, sebab DIA tahu yang kita masih belum mampu untuk memberi didikan yang sempurna untuk zuriat kita itu nanti .."

Betullah tu. Yelah, di zaman yang serba moden ni, yang mana cabaran yang datang tu terdiri dalam pelbagai bentuk, MUNGKIN aku ngan suami blom cukup kuat untuk menghadapinya.ALLAH itu Maha MENGETAHUI segala rahsia Qada' dan QadarNYA .. Aku redha ...

Dalam rancangan itu jugak, ada pelbagai doa yang dibekalkan oleh Ustazah Bahyah dan suami untuk dijadikan amalan agar segera dikurniakan zuriat. Yang paling aku ingat adalah untuk mengamalkan BERISTIGHFAR dan BERSEDEKAH. 2 amalan yang perlu diamalkan agar ALLAH permudahkan jalan untuk mendapat zuriat. Insyallah ...

Jadi, semakin banyak kata-kata nasihat yang aku dengar, semankin redha aku jadinya. Ini betul-betul REDHA ye, bukan PASRAH. Hehehe .. 


So, kepada kawan-kawan yang senasib, selalu-selalulah bermuhasabah diri ye. Ustaz Syed jugak ada menyebut (agak-agak begini la 'bunyi'nya) "...BILA, DIMANA dan BAGAIMANA ALLAH nak perkenankan doa kita tu, adalah urusanNYA. Tugas kita pulak adalah jangan pernah berhenti BERUSAHA dan BERDOA. Jangan pernah putus asa .."

Jadi, jangan putus asa tau !! Tak kiralah walau berapa puluh tahun lagi pun, Paling utama, kita semua isteri dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Jadikan dugaan ini, satu sebab untuk kita semankin rapat dengan pasangan. Jangan sesekali membiarkan hubungan kita menjadi renggang.

P/S : Segala pesanan di atas adalah ditujukan sama untuk diri kami, suami isteri ...



W'salam ..

Adiosss...

4 comments:

sahromnasrudin said...

sy tenang membaca entri ini :-)

reenapple said...

terima kasih di ats pesnana..=)

betull umur 12-13 baru je tahu tentang bukuu dan cita-cita... hehe

Aida Tamrim said...

sahromnasrudin : ALHAMDULILLAH ... Bermanfaat juga entri sy ni ... ^^

Aida Tamrim said...

reenapple : Sama2 .. Menyampaikan sesuatu yang baik tu kan AMANAH .. ^^

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu