Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 22, 2011

Aku Suka MENULIS

Assalammualaikum...
 Semenjak dari sekolah rendah lagi aku memang minat menulis. Biarlah kalau pun bahasa yang aku gunakan tunggang langgang dan agak lucu bunyinya. Aku tak kisah. Aku menulis cerita2 pendek yang aku panggil mini novel dimana pembacanya adalah sahabat baikku pada ketika itu iaitu Radziah Husin. Dari situ, kami edarkan untuk kawan2 yang lain. Bukan untuk meraih keuntungan pun. Sekadar suka suka je ..

*Rasanya entri dulu2 aku penah mention gak pasal minat aku menulis ni .. Tapi, aku nak bercerita jugak lagi .. Hehehee ..*


Bila aku mengarang sesebuah cerita, nama2 yang aku gunakan adalah nama2 yang aku suka dengar dan ingin berikan kepada zuriat2 aku kelak (ce ce ceh). Setiap karakter yang aku bangunkan adalah berdasarkan dengan karakter2 yang aku tonton dalam filem dan baca dalam novel. Setiap kejadian yang aku ceritakan adalah perkara-perkara yang aku imaginasikan berdasarkan beberapa fakta yang di dalam pengetahuan aku yang tak seberapa ni leee .. I try okeh .. Huhuhu ..


Plot cerita yang aku buat biasanya akan terbentuk sendiri sepanjang proses pengarangan cerita aku itu. Aku bukan jenis penulis yang suka mebuat lakaran kasar tentang plot cerita yang mereka buat. Aku dapatkan satu tema, dan dari situ, aku cuba kembangkan idea kepada sesuatu yang lebih menarik dan tidak membosankan. Aku cuba laaa .. Taktau la pulak kalau sesuatu yang tak membosankan untuk aku itu akan menjadi sesuatu yang membosankan untuk orang lain kan .. Hihihi ..


Oklah .. Takmo cerita panjang2 lagi .. Aku tau korang malas nak baca. Aku nak sambung mengarang cerita untuk Auni Raudah aku tu .. Bai Bai Semua !!! Selamat Bercuti !!!


W'salam

Adiosss...

P/S : Nak baca novel FREE ? Klik je SINI

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu