Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 8, 2011

Karut, Karut, Memang KARUT !!!

Assalammualaikum...

Menonton "Clash Of the Titan" malam semalam membuatkan aku terfikir pengaruh kuat filem pada minda masyarakat. Cerita yang berlandaskan tema mitos Dewa orang2 Greek yang diketuai oleh Zeus ini banyak membuat aku berfikir. 

Antaranya, jika aku punya anak, takkan aku benarkan dia menonton filem2 atau cerita2 yang seumpama ini kerana boleh menyebabkan terpesongnya akidah kita sebagai umat Islam.

Cubalah korang fikir ye, kalau Dewa/Tuhan itu digambarkan terdiri daripada beberapa orang (seperti Poseidon, Athena dan Hades), dan mempunyai nafsu yang tak terjangkau sehingga boleh bersetubuh dengan manusia yang menghasilkan zuriat, dan yang lebih parah lagi, boleh sesuka hati menghukum manusia yang dirasakan menjadi 'ancaman' kepada mereka !!

KARUT !! Itu perkara pertama yang aku fikirkan. Mengapa ada manusia yang sanggup mencipta pemikiran2 yang bahawasanya Tuhan itu juga seperti manusia ??? Kalau begitu, apa bezanya Tuhan mereka itu dengan manusia biasa ???? 

Aku menonton hanya untuk mengetahui apa yang sebenarnya difikirkan oleh pembuat2 filem dari Barat ini. Aku harap, bila menonton cerita2 seperti ini, kita sebagai seorang Muslim yang telah dewasa, mampu untuk menilai yang mana benar dan yang mana palsu.

Mari kita ingatkan diri kita masing2 bahawasanya SYAITAN tidak akan berhenti daripada terus berusaha untuk menyesatkan umat manusia sehinggalah sampainya hari Kiamat nanti ... Subhanallah ... Semoga kita semua akan sentiasa di bawah perlindungan ALLAH sentiasa .. Ammmiinnnn .... 

NOTA : Aku mungkin akan menghilangkan diri dari berBW tetapi aku akan tetap membuat entri2 baru seadanya ... Insyallah ... ^‿^

W'salam

Adiosss...

image.png

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu