Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 25, 2011

Bahayanya ❤❤❤ dan $$$

Assalammualaikum...

Motif paling lama dan klasik bagi seseorang untuk membunuh seseorang yang lain adalah kerana DUIT dan CINTA. Dua perkara yang kadang2 kita sebagai manusia ambik endah tak endah saje ..

Bila kita tengok siri2 penyiasatan yang melambak2 dalam TV sekarang ni majoriti pembunuhan2 dan serangan2 yang dilakukan adalah disebabkan oelh 2 perkara di ats tuh .. Hmmm ... DUIT ... CINTA ... Selain boleh buat orang membunuh, ia juga mampu buat kita jadi GILA !

Zaman sekarang ni, kalau takde duit alamatnya, dok melepet je la kat rumah tuh. Nak pergi barang dapur pun, kalau takde RM50 dalam wallet tu, takyah la pergi. Nanti, tak pasal2 kena guna plak Kredit Kad yang dah sah2 menimbun2 hutangnya tu .. Heh ... Bila hutang dan terlalu banyak dan menimbun2, mula la nak buat perkara2 yang tak masuk akal termasuk la merompak, meragut, menjual tubuh dan akhirnya sampai ada yang terbunuh!

Itu cerita pasal DUIT .. Kalau cerita pasal CINTA lagilah tragis .. Pendek kata, dek kerana CINTA, manusia sanggup bunuh diri, bunuh kawan baik sendiri dan kerana CINTA jugak manusia sanggup jadi BODOH. Bodoh sampai sanggup tukar jantina, tukar agama dan tukar segala2nya ... Haaaiiihhh ...

Tapi, aku takde la pulak nak menyangkal pengaruh2 positif yang disebabkan DUIT dan CINTA ni. Pokok pangkalnya, AKAL dan IMAN. Aku juga bukan manusia sempurna. Ada tersilap langkah, tersalah arah. Keluarga dan sahabat2 terdekat banyak membantu. Alhamdulillah ... 

Jadi, kawan2, marilah kita kuatkan diri kita dalam menghadapi cabaran2 halus yang tak nampak di mata kasar ini ... Semoga kita berjaya menghadapinya ... Ammminnnn ...
W'salam...

Adiosss...

2 comments:

Unknown said...

Amboi..amboi...blog dah ada Favicon sendirik..canggih...bagus-bagus...

Aida Tamrim said...

Ala kak .. Dalam 'design layput' tu ada .. Saya bubuh je la .. hehehe

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu