Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2011

Pentingnya Makanan HALAL

Assalammualaikum...

Ada sapa2 tak yang selalu dan suka sangat2 makan kat Kopitiam ?? Ada satu berita menarik yang aku nak kongsikan dengan korang2 yang memang penggemar makanan di Kopitiam2 yang ada di Selangor sekarang ni ...

SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

"Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

"Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.

SUMBER : KOSMO!

Mungkin ada banyak sebab kenapa majoriti Kopitiam2 yang ada ni masih tak mau memohon sijil halal. Mungkin sebab proses yang memakan masa dan mungkin juga sijil2 halal yang dikeluarkan syarikat2 swasta lebih mudah didapati.

Tepi, kita sebagai umat Islam, kena ingat bahawasanya apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Kalau yang kita makan tu sumbernya tak halal dan kita sendiri amik endah tak endah je isu ni, ianya bukan hanya akan memberi kesan pada diri kita, tetapi akan memberi kesan kepada zuriat2 kita juga ..

Kenapa anak degil, kenapa anak tak dengar kata dan kenapa anak sukar nak dikawal, semuanya selain sebab didikan kita, ianya juga disebabkan makanan yang kita makan dan beri mereka makan ... 

NOTA : 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan…"

Hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:

"Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah."

W'salam

Adiosss...

image.png

2 comments:

puanstoberi said...

huhu.
agak jarang makan minum di kopitiam, kecuali tetiba rasa mcm nak sangat2.. tp tu pun jarang2 lah. huhu

Diana @ BKKC said...

salam kenal sis...
huhu..pernah termakan kat kopitiam dolu2...huhu..igtkan okey..skang dah tak wat lagi...tobat

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu