Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 12, 2010

Berita Hari Ini

A'kum...

Alhamdulillah.....Hari ni dah hari jumaat!!! Esok cuti 2 hari...Ye,ye...Tapi aku walaupun cuti, oleh kerana minggu ni aku kena standby (handphone 24hrs), jdnye..kalau ada masalah Hardware kat site, xdela nikmat cutinye...Hish...Ya Allah, jangan la ada masalah hujung minggu ni...Aammmmiiiinnnn...

Pagi ni cam biasa, sebelum memulakan kerja aku, aku bkk suratkabo Kosmo (online) dulu..Selain dari berita mengejut pasal penyanyi Shamrin yang meninggal, aku terbaca plak berita tajuk "Peniaga tudung dipenjara 17 tahun"...Cuba korang sambung baca beritanye kat bawah ni ;

KOTA BHARU - Seorang ibu kepada tiga anak dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian ibu saudaranya pada Mac lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap Zuraini Ismail, 26, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 Mac lalu. Dia sebelum itu ditahan di Penjara Pengkalan Chepa di sini sementara menunggu untuk dibicarakan.

Zuraini yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Zuriana dituduh membunuh Siti Bidah Ismail, 56, antara pukul 12.01 tengah malam dan 5.30 pagi 4 Mac lalu di Taman Harmoni, Kampung Berangan di sini.

Ketika melakukan perbuatan tersebut, Zuriana sedang mengandung anak ketiga. Ketika itu kandungannya berusia tujuh bulan.


Haaa...Yang buat aku sentap ni sebenornye, yang tang akhir tu...Masa dia menyebabkan kematian mak sedaranye tu, dia tengah mengandung 7 bln...Aku rasa dulu, masa mula2 dia kena tangkap aku ada tgk beritanye kat TV... Masa tu memang nampak perut dia cam dah sarat...Kes yang ni ke ye?? Ummm...Korang tau tak napa dia bunuk mak sedara dia? Kalo ader yang tau, tolong la kabo kat aku yeee...

W'salam...Adiooossss....


No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu