Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 26, 2010

Celaka Punyee Manusia!!!

A'kum...

Salam pagi Jumaat kengkawan!!!

Alhamdulillah..kita semua masih dikurniakan nyawa untuk melalui hari Jumaat untuk kesekian kalinye dalam keadaan sihat...(ayat muhasabah diri ni)..

Pagi2 ni, cam biasa, sebelum meneruskan rutin kerja aku seharian kat opis ni, aku sempat gak 'curik2' intai suratkabar2 online untuk ambil tahu brita untuk hari ini...Takyah nak cakap banyak...Jom baca!!!

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Celaka punye manusia la kan!!!!!! Ya Allah....Lindungilah kluarga aku, sahabat2 aku, kengkawan bloggie aku daripada bala bencana seperti ini..Ammmmiiiinnnn..

Apapun, kalau yang ada 'Ilmu' lebih tu, leh la 'pagar' rumah dengan ayat2 suci Al-Quran yeee...Sekadar berusaha untuk mendapat kesejahteraan di dalam dunia yang semankin penuh dengan manusia2 durjana.....!!!

W'salam...

Adiossss...

3 comments:

srikandi.aicha said...

kejam!

amimarz said...

manusia makin kurang siuman.. nafsu mengatasi akal!!!
Hati semakin mati....

Ai dah folo gak :)))

AdiaLuze said...

srikandi& amimarz : Betul tuh...Ntah apa nak jadi ngan manusia akhir zaman ni kan...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu