Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 14, 2011

Kisah OPRAH WINFREY

Assalammualaikum...

Kali ni aku terigin nak buat entri pasal OPRAH WINFREY. 

 Bukan berniat nak mengagungkan dia, tapi nak cerita sikit pasal Pengacara TV yang amat12 mengagumkan ni sampai Dato' CT kita teruja sangat nak jadi macam dia..Hehehe...

Ok...Kalau nak ikutkan, aku ni bukanlah pengikut setia rancangan temubual kendalian Oprah ni..Tapi, sekali sekala, aku layan jugak.. Yang ajaibnye, walaupun tetamu yang diundang adalah mereka2 yang tak femes, aku kagum cara Oprah mengupas setiap topik temubualnye dengan bijak dan akhirnye membuatkan aku terpaku untuk menonton rancangannye sampai ke akhir...

Kat sini aku ceritakanlah serba sedikit latarbelakang mengenai Jutawan TV wanita ni...Teruskan membaca yeee..

Oprah Winfrey (dilahirkan sebagai Orpah Gail Winfrey; January 29, 1954) adalah seorang Pengacara TV, Pelakon, Penerbit dan seorang dermawan.

Dia lebih dikenali melalui rancangan bual bicaranye yang bertajuk OPRAH yang pernah memenangi beberapa Award bagi rancangan bual bicara terbaik yang mana iannye telah menjadi rancangan yang mempunyai rating tertinggi bagi yang seumpamanya dalam sejarah TV.

Dia juga telah dinobatkan sebagai Wanita berbangsa African American terkaya dalam abad ke 20 dan dermawan kulit hitam yang paling hebat dalam sejarah Amerika juga pernah menjadi satu satunye billionaire berkulit hitam yang ada. Malah dari sesetengah sumber, dia juga dikatakan sebagai Wanita paling berpengaruh di dunia !!!

Winfrey dilahirkan dalam kemiskinan di kawasan pedalaman Mississippi oleh seorang ibu tunggal yang masih remaja dan kemudian dibesarkan di kawasan kejirana pusat bandar Milwaukee.

Dia melalui zaman kanak2 yang penuh kesengsaraan. Ini termasuk peristiwa dia dirogol semasa berusia 9 tahun dan mengandung pada usia 14 tahun. Anak yang dilahirkan meninggal sewaktu bayi lagi.

Dia telah dihantar tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai tukang cukur di Tennessee. Di sana, Winfrey telah mendapat kerja di stesen Radio sewaktu dia masih lagi menuntut di sekolah menengah dan pada usia 19 tahun dia mula menjadi pengacara bersama untuk berita sebelah malam.

Dengan penyampaian yang penuh emosi telah menyebabkannya ditukarkan ke arena rancangan bual bicara sesi pagi. Setelah berjaya menaikkan rating bagi sebuah rancangan bual bicara yang dilabelkan sebagai kelas ketiga di Chicago dan melonjakkannya ke ranking teratas (pertama), dia telah melancarkan syarikat penerbitannya sendiri yang mana sekarang telah terkenal dan beroperasi di peringkat antarabangsa.


Haaa...Panjang betul cerita aku kali ni...Korang jangan sampai bosan plak nak baca yeee...

Apapun, yang baik jadikan tauladan dan yang tak baik jadikan sempadan... Amik yang baik, buang yang buruk... Tak salah kannn... PEACE !!!

W'salam...

Adiosss...


2 comments:

JaSSNaNi said...

oooo... baru tau.. oooo.. ceritanya camtu.. hermmm.. macam2 kan dugaan dan akhirnya dia menjadi one of bilionare in the world..

AdiaLuze said...

JaSSNaNi : Betul tu sis...Bukan senang untuk dia samapi ke kedudukan sekarg ni..Hmmm...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu