Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 7, 2011

MAROBBUKA !!!

Assalammualaikum...

Kali ni aku nak bercerita dan berkongsi tentang sesuatu yang terlalu dekat dengan kita..Tau tak apa dianye? Jawapannye adalah KEMATIAN.

Bunyi cam menakutkan kaannn..Hehehe...Saje je tu..Tapi, memang pun kita kena takut pada mati kan supaya kita boleh memperbanyakkan amal yang ada..Heh...

Oklah..takmo la membebel banyak sangat..Jom la baca ni tanda2 kematian semankin dekat dengan kita...

100 Hari
Seluruh badan rasa bergetar


60 Hari
Pusat rasa bergerak2


40 Hari
Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang- kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.


7 Hari
Mengidam makanan


5 Hari
Anak lidah bergerak2


3 Hari
Bahagian tengah dahi bergerak2


2 Hari
Seluruh dahi rasa bergerak2


1 Hari
Terasa bahagian ubun bergerak- gerak di antara waktu Subuh dan Asar


Saat Akhir
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)

Bila Malikat menyabut Nyawa
Baginda Rasullullah S .A.W bersabda :

“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.. “

“ Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.”

“Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S .A.W lagi…

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S .”

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”


Begitulah ceritanye..Andai dihayati mesti rasa meremang je bulu roma kita kaannn..Hmmmm...

Apapun, walau macamana hebat atau berjayanye kita kat dunia ni, hanya akan ada satu jenis pakaian sahaja yang akan kita pakai apabila kita mati nanti dan ianya takkan ada pilihan warna...Marilah kita sama2 beringat sebelum terlambat....Subhanallah...

W'salam...

Adiossss...


1 comment:

Ayuni said...

seramnye, dhlh amal ibadat x ckup...

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu