Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2011

PETUA 8P

Assalammualaikum...

Entri kali ini aku tujukan khas buat mereka2 yang sudah berkahwin...Pada yang belom pun, boleh gak baca, tapi kalau nak praktikkan, tengoklah dulu mana yang boleh mana yang tidak yeee...

Petua ini adalah hasil dari SINI yang diberikan oleh Ustazah Siti Nurbahyah.

PETUA 8P

1) PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
> Pujian tu jangan lah plak sampai terlebih2 plak ye..Biar sikit, tapi ikhlas...

2) PELUK - Yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
> Peluk je jangan lebih2 pulak ^__^

3) PENGHARGAAN - Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
> Hadiah tu tak semestinye berbentuk material je..ucapan TERIMA KASIH pun boleh dikira hadiah..betul tak??

4) PERHATIAN - P yang ini,  mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
> Memang betul ! Setuju 101% !!

5) PERSEFAHAMAN - Amat penting
> Kena saling memahami supaya tak timbul curiga mencurigai

6) PERGAULAN -  Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
> Kalau orang ketiga tu boleh membawa kebaikan takpela jugak kaannn....

7) PERCUTIAN - Di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
> Tapi kalau agak2 tak mampu, takyah la plan sampai ke Hawai ke Australia ke...Pergi je le ke tempat yang termampu dalam Malaysia ni..

8] PERMOHONAN - Iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin.
> DOA kan senjata orang mukmin..Jadi, jangan sesekali berhenti berDOA ye kengkawan...

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya. 


Amacam? Mudah tak petua2 ni? Memang ada yang cam susah je nak buat..tapi, mesti ada caranye kaannn..Jom kita start prakrikkan dari sekarang kengkawan !!!! ^____________--

W'salam...

Adiossss...

4 comments:

Ayuni said...

hikhik, utk bf bleh?

hadina said...

bagus petua ni...thanks for sharing...
semuanya mudah,yg susah kalu kita jadikannye susah..
jom praktikkan petua2 ni yer kawan2...lebih2 lagi yg dah kawen..yg tak kawen tunggu kawen yer :)

Aida Tamrim said...

Ayuni : Amboi2...cik adik ni...boleh je guna tapi yang bab pegang2, peluk2, sentuh2 tu, sendiri mau ingat la yee...Ahaksss...

Aida Tamrim said...

hadina : Betul tu !!! Info yg berguna macam ni lagi bermakna kalau dapat kongsi ngan kengkawan..Hehehe :D

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu