Iklan

PESANAN PENAJA ^-^

A little note for all my readers...Semua foto2 dalam blog aku ni, kalau xde tag 'adialuvluze.blogspot.com' @ 'adialuvezul.blogspot.com' @ 'adialuze4eva.blogspot.com' tu biasa nye courtesy of google (Thanks google!!)...Kalau ada tag tu, harap uols tak men 'copy paste ' tanpa kebenaran ye...That's all for now!! Thanks for reading my Blog!!! ENJOY yaaaa....

Happily Married

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Senarai TOP 3 (2010) Sensasi - Akunyee

Assalammualaikum...

Menjelang berakhirnya Tahun 2010 ni, rasanye banyak menda yang jadi sekitar tahun ni kaannn...Tetiba je aku rasa nak buat sinopsis 'wrap up' berita terhangat seingat aku sepanjang 2010 ni. Tapi aku amik yang PALING TOP je la yee...Jom baca!!!

Kes Pembunuhan Dato' Sosilawati

6 September 2010 : Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44.
11 September : Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun. 


Kemalangan Maut 20 Dis 2010

Seramai 28 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi.
22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.


Kes Penangkapan BENJY

11 Mac 2010 : Penangkapan anak lelaki seniwati Azean Irdawaty, Benjy, 32, mengejutkan ramai pihak. Pelakon itu ditahan reman berhubung dakwaan penemuan dadah yang bernilai RM652,000 di sebuah kondominium.
Pertuduhan tambahan juga dikenakan terhadap Benjy kerana memiliki dadah jenis methamphetamine juga dikenali "syabu" dan memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 8.24 pagi, 15 Mac 2010.


Kalau nak diikutkan, melambak lagi berita2 sensasi yang ada, tapi ini antara 3 berita yang paling TOP dalam list peribadi aku...hehehe..Korang pun mesti ada gak kan...Jadi, aku tinggalkan untuk korang berita2 sensasi yang lain untuk korang ceritakan...

W'salam...

Adiossss...

No comments:

KLIK KAT SINI UNTUK JOIN SATU BENDA BEST PUNYE ^_^

Tengok Iklan Dulu